21November2017

500 penerbangan terjejas kerana ribut petir di Beijing

Ribut petir yang membadai Beijing menjejaskan beratus-ratus penerbangan di salah sebuah lapangan terbesar di dunia itu.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang boleh menyebabkan tanah runtuh di kawasan gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang berlaku pada minggu ini.

Malah, tahap amaran cuaca turut dinaikkan daripada ku­ning kepada oren pada petang semalam selain memberi amaran bahawa kilat, hujan batu dan angin diikuti dengan taburan hujan berjumlah 70 milimeter bakal melanda bandar ini.

Kejadian itu dikatakan berpotensi mengakibatkan banjir kilat di kawasan pergunungan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dalam satu kenyataan menggesa pelancong supaya mengemas kini penerbangan keluar dan masuk mereka dari bandar ini.

Hampir 500 penerbangan dibatalkan dari pukul 9 pagi (waktu tempatan) hingga te­ngah malam, manakala 182 jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan di lapangan terbang yang paling sibuk di China itu.

Hujan lebat dikatakan sering kali berlaku terutamanya pada musim panas sekali gus menyebabkan penangguhan penerbangan dalam tempoh yang lama.

Pusat Meteorologi Kebangsaan China turut memberi amaran kepada pasukan penyelamat yang bekerja di Jiuzhaigou, barat daya wilayah Sichuan supaya berhati-hati dengan kejadian tanah runtuh dan petir.-14/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1360  tetamu dalam talian