Aha05262013

Kemaskini terakhir03:56:27 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Luar Negara

Luar Negara

Di London, marahkan pengganas, masjid dibakar...

  • PDF
Dua buah masjid menjadi sasaran serangan dan kemarahan kumpulan sayap kiri di Britain selepas seorang askar negara itu ditetak sehingga mati, di sebatang jalan di London semalam, kejadian yang disifatkan kerajaan sebagai serangan pengganas.

Sekurang-kurangnya dua orang ditahan dalam kejadian berasingan serangan ke atas masjid, menyusul insiden terbabit.

Di Essex, seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis selepas disyaki cuba melakukan serangan apabila dilaporkan masuk ke dalam sebuah masjid dengan membawa sebilah pisau,

Ahli Parlimen tempatan, Brook Newmark melalui laman Twitter menyatakan: “Sebuah masjid di Braintree diserang seorang lelaki dengan pisau dan peranti berbahaya. Lelaki terbabit ditangkap. Tiada sesiapa...

Baca Lagi...

Aktivis bunuh diri bantah perkahwinan sejenis...

  • PDF
Seorang aktivis dan penulis berhaluan kanan di Perancis membunuh diri di depan altar Gereja Besar Notre Dame dan meninggalkan satu nota yang mengecam perkahwinan sejenis serta imigrasi.

Polis mengesahkan mangsa sebagai Dominique Venner, 78, aktivis yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kebangsaan dan pergerakan berhaluan kanan di negara ini.

Menurut polis, mangsa menembak dirinya sendiri menggunakan pistol pada pukul 4 petang (10 malam waktu Malaysia), semalam ketika gereja besar itu...

Baca Lagi...

Puting beliung gergasi landa Oklahoma

  • PDF
Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rendah dan sebuah hospital di pinggir bandar Oklahoma selepas kejadian angin puting beliung yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera.

Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan...

Baca Lagi...

Arab Saudi bina stesen keretapi termewah di dunia...

  • PDF
Pengguna kereta api bawah tanah London sudah pasti cemburu dengan gambar ini yang tidak lama lagi akan menjadi sistem kereta api antara bandar paling mewah di dunia.

Kelihatan lebih seperti berada di dalam hotel lima bintang, rangkaian yang dicadangkan di Riyadh, Arab Saudi itu akan mempunyai rekaan zaman angkasa dengan tempat laluan bermarmar, dinding bersalut emas dan berhawa dingin sepenuhnya.

Kawasan berkenaan akan direka untuk membolehkan cahaya memasukinya tetapi pada masa sama...

Baca Lagi...

'Baju Merah' berkumpul kenang tragedi berdarah

  • PDF
Kira-kira 12,000 penyokong Baju Merah semalam berhimpun di bandar raya ini bagi memperingati ulang tahun ketiga insiden kekerasan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan, kata polis.

Kira-kira 90 orang terbunuh dan hampir 1,900 cedera dalam beberapa siri pertempuran di jalanan pada Mei 2010 antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan yang menjadi acara kemuncak dalam insiden itu.

Jalan raya semalam ditutup ketika penyokong Baju Merah yang setia kepada bekas pemimpin dalam buangan...

Baca Lagi...