25Mei2017

Suspek Korea Utara tenang seperti 'menunggu' polis datang...

Lelaki Korea Utara yang ditahan Jumaat lalu berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam mungkin “dikorbankan” bagi membolehkan empat suspek lain melepaskan diri.

Oriental Daily memetik sumber boleh dipercayai berkata, Ri Jong Chol, 47, yang ditahan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, kelmarin memainkan peranan sebagai orang hubungan dengan membekalkan maklumat dan menguruskan penginapan untuk suspek lain.

Menurut sumber, Ri adalah salah seorang orang penting dalam kes ini kerana dia adalah orang hubungan kepada tujuh suspek yang sedang melarikan diri dan penahanannya dijangka dapat memberi lebih banyak maklumat mengenai suspek terbabit.

“Penginapan dan pengangkutan semua suspek diatur Ri, polis sedang menyiasat sama ada racun yang menyebabkan kematian Jong Nam disediakan Ri.”

Sumber itu berkata, demi menjayakan misi kali ini, unit risikan terbabit menghantar Ri ke Malaysia setahun lalu dan memintanya membawa keluarga ke sini bagi menyembunyikan kegiatannya, tetapi hakikatnya dia sedang mengumpul maklumat mengenai kegiatan Jong Nam di negara ini.

Sumber itu dilaporkan berkata, Ri merupakan pakar kimia yang melakukan kerja penyelidikan di India dan pernah tinggal di negara itu selama 2 tahun.

Beliau hairan mengapa pakar kimia itu bekerja di syarikat IT sedangkan kepakarannya langsung tiada kaitan dengan kerjanya.

“Ketika ditahan, Ri sangat tenang, seolah-olah jangka polis akan datang. Dalam proses itu, dia langsung tidak melawan.”

Difahamkan, ada pihak mengesyaki Ri dijadikan “korban” sejak awal lagi, di mana dia hanya boleh melarikan diri selepas suspek lain berjaya meninggalkan Malaysia.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata, polis sedang memburu 7 suspek lelaki berusia 30 hingga 50-an bagi membantu siasatan kes kematian Jong Nam.

Katanya, 4 daripadanya disahkan warga Korea Utara yang sudah melarikan diri ke luar negara pada hari kejadian, iaitu Ri Ji Hyon, 33, Hong Song Hac, 34, O Jong Gil, 55, dan Ri Jae Nam, 57.

“Tiga lagi diperlukan bagi membantu siasatan dengan seorang lelaki dikenal pasti sebagai Ri Ji U, 30, yang juga warga Korea Utara dan 2 lagi sedang dikenal pasti oleh pihak kami,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurut Rashid, 4 suspek yang melarikan diri ke luar negara itu tiba di Malaysia antara 31 Januari hingga 7 Februari lalu.-20/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 923  tetamu dalam talian