16Disember2017

Pertumbuhan ekonomi Malaysia jauh lebih baik sejak 2012

Dalam tempoh 48 tahun iaitu daripada 1963-2011, Malaysia hanya lima kali mencapai pertumbuhan ekonomi melebihi Singapura berbanding negara tersebut mencapai pertumbuhan ekonomi 43 kali melebihi Malaysia.

Perkara ini menyebabkan  Singapura jauh meninggalkan Malaysia dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita.

Sejak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009 dan memperkenalkan Program Transformasi Nasional atau National Transformation Programme (NTP) pada 2010, KDNK Malaysia lebih baik berbanding Singapura:

2012 - Malaysia (+5.5%), Singapura (+3.7%)
2013 - Malaysia (+4.7%), Singapura (+4.7%)
2014 - Malaysia (+6.0%), Singapura (+4.68%)
2015 - Malaysia (+5.0%), Singapura (+2.0%)
2016 - Malaysia (+4.2%), Singapura (+1.8%)

Suku Pertama 2017 - Malaysia (+5.6%), Singapura (+2.7%)

Malaysia telah mendahului Singapura dalam pertumbuhan ekonomi setiap tahun dari 2012 – 2016 iaitu sebanyak 5 kali.

Pada tahun ini, Malaysia menganggarkan dapat mendahului Singapura sekali lagi. Walaupun pada suku pertama sahaja, kita dapat lihat pertumbuhan KDNK kita pada 5.6% berbanding Singapura yang hanya 2.7%.

Malaysia kerap diserang dari dalam dan luar negara oleh pembangkang dengan membawa propaganda negatif serta pembohongan, namun fakta sebenar tidak dapat dinafikan. Inilah sebabnya International Monetary Fund (IMF) berkata ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesat berbanding negara lain.

Selain itu, Malaysia turut mendahului Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong dari segi pertumbuhan KDNK sejak 2011.-31/5/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 918  tetamu dalam talian