25September2018

Mahathir takut dikejar bayang-bayang sendiri?

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja Pemuda atau Armada PPBM melahirkan rasa kecewa terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa sudah jadi?

Jika ahli Armada PPBM sudah mula melahirkan rasa kecewa, apatah lagi rakyat yang sudah lama kecewa dengan Mahathir. Sudah cukup selama ini rakyat hidup dalam penipuan semata-mata untuk kepentingan peribadi Mahathir.

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Itulah pepatah yang sesuai ditujukan kepada Mahathir.

Semuanya bermula apabila Mahathir sendiri enggan memberi penjelasan berhubung isu kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Mahathir dan anak-anaknya.

Malah ahli Armada PPBM juga ada menyentuh mengenai dakwaan skandal Muhyiddin Yassin dengan isteri orang. Mengapa hingga ke saat ini tiada satu pun penjelasan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin ini?

Adakah Mahathir akan terus berpura-pura tidak ambil tahu tentang isu ini? Atau Mahathir akan memilih untuk terus berdiam diri berhubung dengan isu ini?

Bukan ahli Armada PPBM sahaja yang ada hak untuk mendengar penjelasan ini, rakyat juga sama. Sudah lama menunggu penjelasan daripada Mahathir sendiri.

Jika dilihat, harta kekayaan Mahathir dan anak-anaknya bukanlah kaya yang sikit-sikit tetapi kaya yang luar biasa. Antara aset kekayaan yang dikumpul oleh Mahathir dan anak-anaknya selama 22 tahun:

Pertama, Mahathir dan anak-anaknya mempunyai sebanyak 488 buah syarikat. Misalnya Maharizan Sdn Bhd (milik Mahathir), Yayasan Pendidikan Tun Siti Hasmah (milik Mokhzani Mahathir), Angsana Bakti Sdn Bhd (milik Marina Mahathir). Jumlah sebanyak 488 buah syarikat ini hanya yang diketahui sahaja, yang tidak ketahui bagaimana pula?

Kedua, anak Mahathir iaitu Mokhzani memiliki koleksi kereta mewah sebanyak 18 buah dan dianggarkan bernilai RM36.2 juta.

Ketiga, keluarga Mahathir bukan sahaja memiliki syarikat dan kereta mewah. Malah aset rumah mereka juga bersepah di Malaysia mahupun luar negara misalnya di London, Florida, Vancouver dan lain-lain.

Jika benar-benar kekayaan ini hasil titik peluh mereka sekeluarga, mengapa Mahathir perlu takut untuk memberi penjelasan? Atau sebenarnya Mahathir takut dikejar bayang-bayang sendiri?

Malah bagi saya, jika perkara ini sebuah fitnah yang cuba untuk menjatuhkan beliau, mengapa tidak Mahathir mengambil tindakan menyaman pihak-pihak yang berkenaan?

Dalam pada itu, saya juga hairan mengapa Mahathir melancarkan tabung dana politik untuk gerak kerja kempen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)? Sedangkan Tun Mahathir sendiri dan anak-anaknya memiliki harta yang tidak habis sampai tujuh keterunan.

Kenapa tidak harta kekayaan tersebut disalurkan terus ke PPBM?

Saya rasa dengan kekayaan yang dimiliki oleh Mahathir dan anak-anaknya lebih dari cukup untuk menampung PPBM. Tidak perlu menangih simpati dari rakyat.

Sebaliknya, golongan kaya seperti keluarga Mahathir yang patut membantu golongan rakyat miskin ini tidak meminta-minta dari golongan miskin pula.

Secara kesimpulannya, rakyat mampu menilai sendiri sama ada ‘calon terbaik’ Perdana Menteri ini masih releven atau tidak untuk mengemudi negara ini pada masa akan datang.-23/2/2018

Penulis adalah penyelidik Persatuan Pemikir Muda Johor

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 433  tetamu dalam talian