24Ogos2017

Ketegasan Zahid berjaya tangani ancaman militan IS

Jelas sekali Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi adalah promoter anti militan dan keganasan yang paling tegas.

Ia sesuai dengan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri, mengambil alih dari Datuk Seri Hishamuddin Hussein tidak lama dulu

Sebab itu setiap minggu isu militan menjadi habuan media melalui komen Zahid sama ada di ibu kota ataupun sewaktu balik kawasan ke Bagan Datuk. Terbaru tentulah mengenai kematian seorang warga Ipoh di Iraq.

Kepada Zahid perkara keganasan tidak ada kompromi. Dengan itu kerajaan tidak akan membantu membawa balik jenazah anggota militant berkenaan. Pandai-pandailah keluarga allahyarham mengurusnya.

Sebagai bos Zahid, Perdana Menteri turut tegas dalam isu sama. Sudah banyak kali isu keganasan disuarakan sama ada dalam atau di luar Negara ketika menghadiri persidangan bertaraf dunia.

Pendirian tegas dan konsisten Perdana Menteri dalam isu sama sejak beberapa tahun kebelakangan ini membuktikan Malaysia serius  dalam konteks memerangi keganasan. Kita tidak sambil lewa dalam menanganinya.

Pendek kata “tag” tidak ada kompromi adalah jati justeru sesiapa saja yang ingin mencari pasal termasuk jalan “short-cut” bagi tujuan itu, elok lupakan. Bukankah kea rah itu Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan pasukan NSOF tidak lama dulu!

Selain pendirian tegas kerajaan seperti disuarakan Perdana Menteri, timbalannya yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) seiring dengan bosnya; malah kenyataan   Zahid  dilihat menyuarakan hasrat Najib dalam isu ini.

Walaupun begitu  sekali sekala kedengaran  dakwaan lapuk bahawa ia satu lagi helah kerajaan semata-mata bertujuan mengalih perhatian rakyat. Inilah kerja penggangur politik.

Konon kerajaan berusaha mengalih perhatian berkait rapat isu-isu tidak popular seperti IMDB dan isu dalaman UMNO yang membelenggu UMNO.Kita faham isu begini akan terus dikitar lebih-lebih lagi menjelang PRU ke14.

Bagaimanapun dalam kes terbaru mereka kantoi setelah membaca berita kematian seorang lagi rakyat Malaysia yang beragama lslam terkorban di kawasan pergolakan di Iraq.

Yang dimakksudkan Mohd Nizam Ariffin, 38 tahun seorang rakyat Malaysia  terlibat dengan militan Negara Islam (IS),    terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Iraq. Dengan kematiannya, bererti 31 orang militant kita terbunuh di Iraq dan Syria, manakala 56 lagi dipercayai masih bebas.

Allahyarham, yang  juga dikenali dengan nama Abu Afghan, terbunuh di bandar Mosul pada Jumaat.  Beliau pernah muncul dalam video propaganda IS Januari tahun lepas bersama dengan rakan militannya, Abdul Halid Dari.

 Mohd Nizam  berasal dari Ipoh keluar meninggalkan negara ini menuju ke Syria pada 6 Mac 2014, dan menyertai kumpulan militan Ajnad al-Sham.

Ketika mengulas berita kematian Nizam, Dr Ahmad Zahid Hamidi selain mengesahkan (Nizam) rakyat Malaysia yang terlibat dengan militan IS, dia turut menggunapakai nama Abu Afghan. Kematiannya selepas seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Wandy, juga terkorban.

Ketegasan Zahid jelas melalui kenyataan terbaru. Katanya kematian Nizam sebagai kematian pengganas yang datang dari Malaysia dan tidak akan membawa pulang jenazahnya.”
... jika keluarga Mohd Nizam ingin membawa pulang jenazahnya, mereka boleh menghubungi rakan-rakannya”.

“Jika ada fatwa daripada mana-mana pihak mengatakan kematian pengganas-pengganas dari Malaysia ini sebagai syahid, kerajaan tidak mengiktiraf bahawa kematian-kematian itu sebagai syuhadah dan pengesahan ini adalah untuk mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan mengusahakan untuk membawa mayat itu pulang kerana beliau melakukan kesalahan atas risiko yang ditanggung oleh beliau sendiri,” katanya.

Mengulas isu sama, Zahid berkata kementeriannya  bekerjasama dengan Interpol dan Aseanapol untuk menyekat pengaruh kumpulan Daesh daripada berkembang di rantau ini.

Katanya satu perjanjian tiga hala melibatkan Filipina dan Indonesia dibuat bagi tujuan  menyekat kemasukan kumpulan itu yang dikatakan semakin hilang pengaruh di Syiria.

“Kita bekerjasama dengan Interpol dan juga Aseanapol dan kita telah menandatangani perjanjian tripatate dengannpihak Filipina dan Indonesia untuk menyekat pengaruh mereka dari terus berkembang di rantau ini, khususnya apabila dikhuatiri ada influx, kemasukan mereka ke negara Malaysia dan kita mengambil langkah kesiap siaga dan lebih kepada berjaga-jaga di sekitar perairan Esszone di Sabah,” katanya selepas merasmikan program Jelajah Agropreneur Muda Perak 2017 di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datuk, Perak pada Isnin.

Untuk rekod juga kira-kira setahun lalu, Zahid memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat tidak sahih dalam media sosial mengenai ancaman militan Daesh di negara ini.

Katanya  penyebaran maklumat tidak sahih itu hanya menimbulkan kegusaran serta ketakutan dalam kalangan orang ramai serta perlu dihentikan serta-merta. Sebarang maklumat rasmi mengenai ancaman itu akan dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penguatkuasaan lain.

"Ia tidak perlu dijadikan sandaran untuk keselamatan rakyat dan negara. Apa-apa maklumat yang disebarkan tanpa disahkan dengan pihak penguatkuasaan, ia hanya menimbulkan kegusaran dan membawa masalah ketenteraman negara," katanya.

Sementara itu Perdana Menteri yang memantau serius isu militant dan keganasan pada 27 Oktoer tahun lalu melancarkan Pasukan Operasi Khas Nasional (NSOF)-- pasukan dianggotai 17 pegawai dan 170 anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Kata Najib:"Sebelum ini bila sesuatu keadaan berlaku, kita tidak tahu sama ada untuk menghantar polis atau tentera untuk menanganinya, jadi dengan adanya NSOF, ia akan menjadi pasukan pertama yang akan bertindak awal.

"Bila berdepan dengan sesuatu ancaman, panglima Angkatan Tentera dan ketua Polis Negara akan menilai jenis ancaman yang dihadapi sebelum menghantar laporan kepada perdana menteri dan sesuatu tindakan diambil, selaras dengan Akta Majlis Keselamatan Negara," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pasukan NSOF di Kem Sungai Besi, di sini.

Kerajaan memandang serius insiden keganasan global terutama yang melibatkan militan Daesh seperti di Syria, Iraq dan Afghanistan.

"Setakat ini, seramai 250 rakyat Malaysia yang terlibat militan Daesh telah ditahan di dalam negara, seramai 32 telah meninggal dunia di Iraq dan Syria manakala lebih 60 orang masih berjuang untuk ideologi songsang ini," kata Najib lagi sambil menambah, perkembangan media sosial banyak mempengaruhi masyarakat mengenai ideologi militan Daesh, sehingga ada yang terpengaruh, contohnya kes serangan kelab malam Movida di Puchong, Jun lalu.

"Mujur tiada yang maut, hanya lapan yang cedera. Adakah kita yakin perkara ini tidak akan berlaku lagi. Dengan penubuhan NSOF ia akan mempertingkatkan kesiapsiagaan, dan kebolehan kita untuk membanteras sebarang insiden pada bila-bila masa," katanya.-14/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 845  tetamu dalam talian