25September2017

Jelajah qiamullail seluruh Perak buat Zambry sibuk

Ini bukanlah cerita hikayat 1,001 malam tetapi hakikatnya seorang pemimpin negeri menunjukkan contoh apabila berjaga malam sepanjang bulan Ramadan bagi memenuhi program qiamullail di negeri Perak.

Yang dimaksudkan tentulah Menteri Besarnya Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir, yang sejak awal Ramadhan selain melayani majlis berbuka puasa dan beberapa program keagamaan lain, program qiamullail sangat dekat dihatinya.

Bagi membolehkan beliau melakukan qiamullail, beliau terpaksa tidak tidor sepanjang malam disusuli melaksanakan solat Subuh berjemaah. Sedang embun pagi belumpun kering, beliau bergegas pulang ke Ipoh.

Masuk pejabat adalah rutin walaupun dalam bulan Ramadhan.

Menteri Besar  tidak dihalang “terbang” dengan helicopter  ke Pengkalan Hulu, sebagai satu contoh, namun tidak dilakukan  walaupun tokoh sepertinya mampu dan peluang  terbuka luas.

Sebaik  menghantar TPM pulang setelah menghadiri program di Tambun, Ipoh pada 6 Jun lalu, Dr.Zambry terpaksa berkejar ke Pengkalan Hulu, diutara Perak yang memakan masa dua jam perjalanan dari Ipoh (itu jika dipandu laju) bagi bersama-sama masyarakat lslam di situ bersembahyang malam.

Bagi media,  program begini biasa-biasa saja justeru tidak ada sebarang catatan dalam laporan mereka berbanding lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Ipoh pada hari sama.

Namun melalui catatannya dalam laman FBnya pada 6 Jun, Dr.Zambry mencatat secara ringkas. Katanya beliau “kemudian berada di Pengkalan Hulu untuk majlis qiyam dan bersahur serta bersolat subuh berjamaah di Masjid Jamek. . . . Meskipun mengambil masa 2 jam untuk sampai pada jam 3pagi, saya gembira dapat melayani rakyat yang berada di sana. Ramai yang hadir seawal pagi. Terima kasih.”

Cerita tidak tidor bukan satu yang baru bagi mereka yang beramal sepanjang bulan Ramadhan. Tetapi jarang kita dengar Menteri Besar melakukannya lebih-lebih lagi program qiamullail diadakan bukan di rumahnya. Ia di daerah yang jauh dari pusat Bandar.

Dalam memperkatakan aspek ibadat ini, bagi kebanyakkan orang lebih-lebih lagi mereka yang berjawatan penting Ramadhan atau bulan puasa merupakan bulan rehat dari aktiviti rancak seperti permainan golf atau majlis social yang lain.

Dalam kalangan ini dan masyarakat muslim biasa, Ramadhan  dilihat waktu cuti atau rehat sebelum mereka kembali menjalani rutin kehidupan biasa yang serba agresif. Tetapi ini tidak bererti tidak ramai berjaga malam untuk tujuan ibadat. Bahkan ramai ke Mekah, untuk ibadat umrah.

Pada ketika ramai menteri atau wakil rakyat dan pemimpin politik yang lain memilih beribadat di Mekah bagi menunaikan ibadat umrah, Dr.Zambry  awal-awal lagi sebelum Ramadhan lagi sudah ke sana.

Dengan demikian membolehkkan beliau menggisi bulan Ramadhan melalui program keagamaan seperti solat teraweh berjemaah di majid ataupun kediamannya. Dan yang yang ketara seperti disebut tadi, turut berjaga malam.

Inilah yang dikatakan sambil menyelam sambil minum air—pahla dapat, begitu juga peluang berinteraksi dengan rakyat secara lebih akrab.

Selain program qiamullail dan majlis berbuka puasa yang diadakan di kediamannya di Ipoh, Dr.Zambry  tidak melupakan rakyat di daerah-daerah. Begitu juga program memberi duit raya,kueh raya seperti dalam program bersama-sama BAIDURI.

Semalam ( Ahad) beliau hadir berbuka puasa dan bersolat jemaah magrib, Isha dan solat sunat tareweh dengan kira-kira 3,000 warga TLDM  di Dewan Shariff, Lumut.

Lebih teruja solat diimamkan imam jemputan iaitu oleh Imam Masjid Muhriji, Makkah, Sheikh Usama Mohamad Iqbal.

Oleh kerana program keagamaan dilihat agak “peribadi” media tidak memberi ruang yang maksima untuk liputan melainkan sekira ada hal-hal tententu. Maklumat mengenai program beliau terdapat dalam laman FBnya—bacalah.

Sebagai satu contoh dalam FB nya, beliau menceritakan serba sedikit mengenai programnya: Program qiamullail, sahur dan solat fardu  Subuh berjemaah bersama kariah Masjid Jamek, Taman Samudera, Pasir Panjang awal pagi tadi.

Menteri Besar sedar orang politik tidak boleh lekang dari mikropon tetapi peluang turut diambil berdakwah untuk semua golongan mengenai qiamullail. Beliau tidak ketinggalan mengingatkan umat lslam peri penting merancakkan Ibadah 10 hari terakhir Ramadhan.

Contohnya, dalam ucapan di Lumut (Ahad), beliau mengingatkan  anggota TLDM beragama Islam agar merancakkan lagi ibadat mereka di 10 hari terakhir Ramadan.

“Di 10 hari terakhir Ramadan ini, saya mahu kita semua berikan tumpuan untuk menambahkan amalan kita, jaga tingkah laku kita kerana waktu ini amat-amat istimewa.

“Mari kita bersama-sama mengejar keberkatan daripada Allah S.W.T pada Ramadan kali ini supaya semua kita diberi ganjaran pahala dan syurga, Insyaallah,” katanya.

Sepanjang bulan Ramadhan juga Menteri Besar turut mendekati golongan belia. Pada 16 Jun lalu, beliau bersama-sama anak-anak muda dalam program qiamullail, sahur dan Subuh berjemaah  di Masjid Tanah Hitam, Chemor.

Beliau tidak ketinggalan melakukan tanggungjawab fardu kifayah lain seperti menziarahi jenazah. Beberapa hari lalu selepas program di Masjid Jamek Taman Samudera, beliau  singgah di Sitiawan selepas mendengar khabar sedih kembalinya ke rahmatullah Hj Mohd Akhir Awaludin, imam Kg Sitiawan. Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham tenang bersemadi dan memperolehi syurga firdausi.

Dua minggu lalu beliau menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin di Ipoh, yang meninggal pada pagi Jumaat. Dr.Zambry menganggap ia satu kehilangan buat negeri khusus dalam arena sukan dan menganggap Alahyarham seorang rakan rapat

Menteri Besar dalam FBnya mencatat “wajah-wajah gembira yang menyentuh nurani pada majlis penyampaian sumbangan zakat Yayasan Al-Fasal di Masjid As-Sharif, Kg. Padang Gajah, Trong. Dalam kita bergembira menyambut Ramadan dan tibanya Syawal, jangan kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi kakitangan kerajaan, mereka tidak dipinggirkan. Pada 14 Jun lalu, di kediamannya, beliau meraikan majlis berbuka puasa bersama pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan GLC. Lazimnya diikuti dengan solat teraweh.

Untuk golonan belia, satu Ijtimak Belia Masjid Negeri Perak diadakan di kediamannya. Mereka berkumpul dengan semangat yang jitu untuk mengambil cabaran bersama selama 2 hari di kediaman MB beriftar, solat berjamaah, tarawih, qiyam, membaca Qur'an, dan mendengar ceramah agama. Menteri Besar berkata,” Pengorbanan anak-anak muda datang dari seluruh pelusuk negeri adalah sangat membanggakan. Semoga akan lahirlah generasi muda yang mantap jiwa keimanannya, akhlak yang mulia dan menjadi barisan pimpinan masa depan negara dan negeri.”

Pada 10 Jun pula berlangsung Program qiamulail, pelancaran fajar sejuta pemuda dan  pelancaran Sahabat Belia Masjid Negeri Perak di Masjid Negeri Ipoh. Kata Menteri Besar “Alhamdulillah, ramai anak muda turut serta”.

Perdana Menteri dalam kesibukan mendepani pelbagai urusan Negara turut turun ke Ipoh. Justeru, kata Dr. Zambry “Pada 7 Jun pula, mengiringi PM ke majlis berbuka puasa & terawih bersama YAB PM di Masjid Pengkalan Aur, Bukit Gantang. Selain penyampaian bantuan serta zakat Yayasan Al Fasal, PM turut memenuhi hajat kariah masjid untuk menaiktaraf fasiliti serta membesarkan ruang solat dgn meluluskan peruntukan RM1.4 juta. Alhamdulillah. Terima kasih DS Najib Razak.

Pada 6 jun  hadir dalam pogram penerapan nilai-nilai murni di bulan Ramadan bersama YAB TPM, Zahid Hamidi di Masjid An Nur, Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh.

Sementaa itu pada Isnin, Menteri Besar meraikan kira-kira 700 anggota serta pegawai tentera pada majlis berbuka puasa di Kem Town Barrack, diTaiping.Turut hadir Panglima 2 Bridged Infantri, Bridged Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar, Datuk Shalimin dan Pegawai Daerah Larut, Matang, Selama, Datuk Kamarudin Awang.

Ucapan Dr.Zambry menyentoh mengenai budaya fitnah. Beliau menasihati semua pihak agar tidak mendekati fitnah secara terbuka iaitu melalui media sosial.“Fitnah terbuka di Facebook, WhatApp, di laman sosial sangat dekat dengan diri kita untuk melakukan dosa apabila berkongsi maklumat yang tidak sahih.”

Katanya umat Islam disaran mempertingkatkan amalan dan memohon keampunan dari tuhan dari segala dosa yang dilakukan. “Kita perlu memohon agar tuhan mengampunkan dosa kita dan menjadikan kita manusia yang lebih baik.”

Sementara itu dalam perkembangan sama,  peruntukan dari kerajaan pusat berjumlah RM1.47 juta telah diagih-agihkan secara “one-off” kepada 2,950 bilal dan siak di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria, pembayaran khas RM500 seorang itu diberikan kepada seramai 1,542 bilal dan 1,282 siak dari 688 masjid seluruh negeri.

Katanya, pemberian itu disalurkan sebagai penghargaan kepada semua pegawai masjid yang berkhidmat tanpa mengira masa dan tenaga selama ini.“Semua bilal dan siak yang bertugas menjaga institusi masjid ini telah membantu kita, menyahut saranan kerajaan negeri untuk memastikan kebersihan tandas atau hamam. Malah, dari segi keselamatan masjid serta tugas bilal yang melaungkan azan setiap kali masuk waktu sembahyang sebenarnya merupakan sumbangan yang tidak terkira kepada komuniti”.

Juga mengenai program keagamaan: Lebih 1,000 anak muda di negeri Perak mengambil bahagian di dalam ijtimak Belia Masjid 2017. Program anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) itu diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini pada 11 – 12 Jun.

Tujuan program mendidik dan melahirkan generasi muda yang hebat, bukan sahaja fizikal, tetapi jug rohani mereka.

Kempen menarik umat lslam terutama para belia menunaikan solat berjemaah di masjid turut menarik perhatian Menteri Besar.  Justeru, selepas program Jom Solat Subuh Berjemaah, kerajaan negeri  melaksanakan dua lagi program.

Dua program itu, Fajar Sejuta Pemuda dan Sahabat Belia Masjid Negeri Perak dilancarkan serentak Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) di Ipoh tidak lama dulu.

Dalam ucapan, Dr Zambry  berkata, bertujuan menjadi asas bagi membina anak muda yang hebat, bukan atas dasar emosi.

“Hari ini kita lihat satu fenomena besar yang cukup luar biasa di mana anak-anak muda di bandar-bandar besar, termasuk di Malaysia memenuhi masjid bermula pada waktu Subuh, inilah permulaan kekuatan umat Islam,” katanya.-20/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 598  tetamu dalam talian