23November2017

Ini cerita sebenar pasaraya Gaint nak kecilkan operasi…

Ini satu lagi cerita yang pembangkang terkinja-kinja melalak kononnya bukti ekonomi negara makin parah.

Tanpa usul cerita sebenar mereka terus naik syahwat untuk putar laporan bahawa lima pasar raya Giant akan ditutup bermula 5 November ini.

Ia membabitkan premis di Sri Manjung, Sungai Petani, Sibu, Shah Alam City Centre (SACC) Mall dan Selayang Lama.

Pada Selasa ,Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin telah menjelaskan sebab sebenarnya pasaraya Giant nak ambil langkah itu.

Katanya pemiliknya, GCH Retail Sdn Bhd memaklumkan bahawa mereka sedang membuat perancangan mengecilkan operasi pasar raya berikutan trend pengguna lebih gemar membeli secara dalam talian.

“Bila mahu mengurangkan saiz, mereka memerlukan premis yang lebih kecil.

“Ia lebih kepada aliran dan landskap perniagaan, bukan masalah ekonomi seperti yang dimainkan pembangkang.

“Jadi, adalah adil untuk kementerian membenarkan mereka mengecilkan saiz daripada pasar raya besar kepada pasar raya. Kini masih dalam peringkat rundingan,” katanya.

Hamzah berkata demikian selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di Putrajaya.- 31/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 616  tetamu dalam talian