27Julai2017

Ezam, Khairuddin hanya 'haiwan politik' - Ahli Akademik

Pakatan Harapan sepatutnya mempertikaikan integriti kedua-dua pemimpin Parti NewGen iaitu Mohamad Ezam Mohd Nor dan Khairuddin Abu Hassan yang disifatkan sekadar ‘haiwan politik’  yang menumpukan kuasa semata-mata.

Kata Penganalisis politik Profesor Datuk Dr Ramlah Adam, gabungan pembangkang tersebut lebih jelas tentang latar belakang kedua-dua mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap dan sanggup melakukan apa juga demi mencapai matlamat.

“Mereka ini tidak konsisten dalam perjuangan. Tidak nampak perjuangan sebenar.

“Mereka memang ‘haiwan politik’ yang memang boleh buat apa sahaja untuk dapat kuasa, itu teori yang nampaknya mereka buktikan.

“Mereka ini mahukan kuasa, perjuangan yang mereka cakap satu nampak sangat ada yang tidak kena.

“Pakatan Harapan perlu pertikai intergriti mereka, tengok latar belakang mereka, boleh dipercaya atau tidak mereka ini tidak ada kesetiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penubuhan parti baru yang terbaru telah menyerahkan borang permohonan untuk menjadi salah satu lagi parti komponen Pakatan Harapan.

Pada awalnya, penubuhan parti tersebut adalah untuk menarik lebih banyak pengundi di kalangan generasi muda dalam masa sama menentang Perdana Menteri Najib Razak.

Matlamat Presidennya Ezam pada awalnya untuk bertanding di kerusi Pekan manakala Khairuddin selaku Timbalan pula berhasrat untuk menandingi Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani bagi Parlimen Titiwangsa.

Selepas menyerahan borang permohonan kepada Pakatan Harapan, Khairuddin memberi jaminan tidak akan meminta sebarang kerusi daripada Pakatan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis itu lagi, Khairuddin dan Ezam boleh memilih untuk tidak berada dalam mana-mana parti politik jika ikhlas mahu menegakkan kebenaran dan keadilan.

Sementara itu Ramlah yakin parti itu tidak akan berjaya menarik generasi muda khususnya untuk menentang Najib dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya Parti NewGen akan menjadi sia-sia.-6/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 737  tetamu dalam talian