31Mac2017

rapidpengerang513

Oh... Inikah sebab pembangkang kempen sakan tolak RAPID Pengerang

LAPORAN KHAS Jika anda di Pengerang, dan berkereta di laluan pesisir pantai antara Teluk Ramunia hingga ke Tanjung Pergelih, anda akan dapati deretan kapal kargo berlabuh di perairan tersebut menunggu giliran masuk ke Komplek Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.

Ratusan kapal itu, ada yang berlabuh berbulan-bulan di situ berikutan kadar caj yang murah, RM0.20 sen setan, berbanding SD2 di Singapura. Rata-ratanya menunggu 'job' sebelum berlayar ke destinasi seterusnya.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh HELME HANAFI
pas-negara-islam

Isu salun : Steadylah PAS...

Majlis pelancaran Dokumen Negara Islam PAS, di Taman Melewar pada 12 November 2003, masih saya ingati dengan jelas.Pertama kerana ucapan penuh semangat Presiden PAS yang baru disahkan jawatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beberapa bulan sebelum itu.

Hadi sebelum Muktamar PAS 2003 hanya memangku tugas Presiden selepas kematian Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebelumnya.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh HELME HANAFI
legoland-malaysia

Satu hari di Legoland...

Ketika iklan mengenai Legoland Malaysia mula disiarkan di kaca televisyen, anak saya, Mukhriz, sibuk ajak pergi, dia yang baru berusia empat tahun, tidak tahupun di manakah Legoland itu berada.

Mukhriz yang setiap hari melayari laman youtube kartun-kartun kegemarannya, mula suruh buka youtube mengenai Legoland. Dan kemudiannya, hari demi hari, makin banyak pertanyaan mengenai Legoland keluar dari bibirnya.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh HELME HANAFI
skyfall_

James Bond dan jam Omega...

Menonton James Bond, pada kebanyakkan kita, bukan lagi kerana kelainan jalan ceritanya, kita tahu ia akan tampil begitu, begitu juga.

Tetapi Bond, selepas 50 tahun sejak kali pertama muncul dalam novel Ian Fleming, 1953, adalah lebih dari sekadar filem, ia merupakan jenama, atau lebih luas lagi adalah fesyen.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh HELME HANAFI
tudm-513

Ini baru pengalaman sejuta ringgit...

Kalau ada RM1juta nak 'beli' pengalaman mengikuti lawatan ke Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pengkalan Udara Kuantan, pada Isnin, tidak akan jadi. Duit mungkin boleh beli banyak benda, tapi rahsia pertahanan negara tidak untuk dijual beli.

Ini kali pertama TUDM mempamerkan beberapa aset strategiknya kepada orang awam bagi menunjukkan sebahagian kemampuan mereka menjaga pertahanan udara Malaysia.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh HELME HANAFI
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 612  tetamu dalam talian