
- 14 Februari 2012
Memo panjang dan pengalaman pahit dewasakan saya ....
Membaca ulasan dan pandangan kawan-kawan melalui Facebook, banyak mengembalikan kenangan lama yang telah dilalui. Ada ketikanya tulisan mereka bukan sahaja menghimbau kenangan lama bekenaan, tetapi juga menjadi sumber ilham untuk mengisi ruangan ini.

- 06 Februari 2012
Mana Hiburan Rakyat 1 Malaysia....?
Apabila mendapat jemputan dari Istana Budaya untuk menyaksikan Konsert Pop Yeh-yeh pertengahan bulan lalu saya tak sabar-sabar lagi untuk hadir. Sudah dua kali konsert yang sama diadakan di situ, tetapi kedua-dua kalinya saya tak dapat hadir kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jadi, apabila konsert diadakan dari 20 hingga 22 Januari lalu, saya tak sabar-sabar lagi untuk hadir pada malam kedua.

- 22 Januari 2012
RM4 sebiji.. berhentilah makan telur penyu!
Baru-baru ini saya menelefon Azman Suradi, bekas Penolong Pengarang di meja sukan Utusan kerana mahu sembang-sembang petang. "Alah Bad...aku dah tersarung ni. Pagi tadi dia orang ajak aku sarapan. Aku jointlah..kemudian kena sarung.. petang ni dah sampai Kuala Terengganu,'' demikian Azman memberitahu.

- 31 Januari 2012
Wartawan bagus vs wartawan bogus...
Nak cerita mengenai pengalaman-pengalaman lama sebagai wartawan. Namun sebelum itu kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Kamariah Ahmad mantan wartawan Utusan Melayu yang telah kembali ke rahmahmatullah baru-baru ini. Al-Fatihah. Kamariah seorang wartawan gigih...yang dia tahu cuma kerja dan kerja selepas tu balik rumah. Pagi ke mahkamah, petang balik ke pejabat dan malam terus balik Semenjak mengenali Allahyarham, beliau memang tinggal bersendirian dan sehinggalah menghembus nafas terakhirnya beliau tetap bersendirian. Kerana itulah pihak polis terpaksa memecah masuk ke kediamannya setelah beberapa hari beliau meninggal dunia.
- 13 Januari 2012
Terkenang masa lalu....
Untuk minggu ini, sebelum terus mencoret, izinkan saya menyatakan terima kasih kepada pembaca dan pengikut yang gemar memberi komen mengenai tulisan saya, samada melalui ruangan ini mahupun melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan juga panggilan telefon.