17Januari2018

ikon-bad-200-latest

Dah kenyang baharu sedar tersilap majlis....

Baru-baru ini, adik saya melangsungkan majlis perkahwinan anak lelakinya. Majlis diadakan di rumahnya di Sabak Bernam, Selangor. Walaupun masih di dalam negeri Selangor, namun perjalanannya dari ibukota Kuala Lumpur mencecah tiga jam lamanya. Pada hujung minggu, perjalanan agak memenatkan kerana jumlah kenderaan meningkat. Peningkatan bukan sahaja kerana banyak majlis perkahwinan dan seumpamanya, tetapi juga kerana laluan pantai barat yang telah dibaiki oleh kerajaan Barisan Nasional.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ
ikon-bad-200-latest

Alahai Flying Tiger dan harimau terbang.....

Setiap kali melalui Jalan Puchong dalam perjalanan pergi dan balik ke Shah Alam atau Klang, perhatian saya pasti tertarik untuk melihat satu kawasan perumahan yang terletak di atas puncak bukit. Lokasinya, Kampung Baharu Batu 14 Puchong. Ada dua sebab saya tidak boleh lupa mengenai lokasi itu, pertama kerana peristiwa pesawat Flying Tiger yang terhempas di situ dan yang keduanya mengenai 'harimau terbang' berhampiran kandang kerbau milik Universiti Pertanian (kini Putra) Malaysia (UPM) di situ.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ
ikon-bad-200-latest

Makan pisang rasa telur...?

DALAM siri lalu, saya telah menyebut perihal pisang sedekah ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat. Minggu ini saya tidak mahu sambung lagi mengenai kisah pisang, sebaliknya beralih kepada cerita mengenai telur pula. Walaupun banyak orang mengaitkan telur dengan pisang, saya sebenarnya hanya mahu bercerita mengenai telur sahaja iaitu telur ayam.

Kebetulan dua minggu lalu cuti persekolahan - yang bermakna banyaklah berlangsungnya majlis perkahwinan. Banyak orang menamatkan zaman bujang masing-masing walaupun ada juga yang membuka atau menambah cawangan baharu. Salih Yaakob terkecuali kerana kuotanya sudah dipenuhi.

Memberi bunga telur sudah menjadi amalan turun-temurun budaya Melayu. Memberi bunga telur bukan sahaja sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran tetamu ke majlis kenduri majlis perkahwinan. Bunga telur itu sendiri, bagi tetamu adalah bukti mereka telah menghadiri majlis berkenaan kerana tidak banyak majlis yang diakhiri dengan pemberian bunga telur.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ
banduanpudu1

BBCC himbau kenangan lama di Pudu Jail

BARU Kalut mengenai kemajuan membangunkan Pusat Perdagangan Bukit Bintang (BBCC) yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) mengembalikan kenangan saya kepada kes penawanan dua orang pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia di Penjara Pudu pada tahun 1986.

Kes penawanan Dr. Radzi Jaafar dan Encik Abdul Aziz Majid (kedua-duanya kini Allahyarham) yang diketuai Jimmy Chua, bekas inspektor polis di Singapura bersama lima lagi rakannya itu juga menghimbau kenangan bersama rakan-rakan wartawan termasuk yang telah meninggal dunia.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ
ikon-bad-200-latest

Perihal pisang sedekah dan anak yatim.....

WADTK - pelbagai kisah telah dicatatkan dalam ruangan ini semenjak awal tahun 2007 lagi. Ruangan ini wujud hasil daripada cadangan Ketua Pengarang Agendadaily, saudara Rosli Ismail. Rosli yang datang ke rumah kerana menziarahi saya yang ketika itu baharu sahaja keluar dari wad Hospital Serdang

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh ROSLI ISMAIL
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 622  tetamu dalam talian