29November2014

Ah Long ditahan polis bersama wang tunai setengah juta

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai ah long dan merampas wang tunai berjumlah RM545,599 dalam serbuan di rumahnya di Teluk Kumbar di Balik Pulau Khamis.

Suspek berusia 35 tahun itu cuba meloloskan diri tetapi berjaya ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menerusi Ops Cenderawasih.

Menurut sumber polis, turut dirampas tiga bilah parang panjang.

Katanya, pemeriksaan lanjut pula menemukan 51 helai slip pengeluaran wang daripada pelbagai bank, 96 keping kad pinjaman pelbagai bank, 51 keping cek dan 10 buku akaun simpanan pelbagai bank.-28/11/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 525  tetamu dalam talian