23November2017

Zizan cerita sebab lentok manja di bahu Najib

Pelawak terkenal tanahair, Zizan Razak tidak menyangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memuat naik foto mereka bersama di laman sosial Instagram (IG) pemimpin negara itu.

Foto Zizan melentokkan kepala di bahu Perdana Menteri itu dirakan dirakam ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 daripada PM Najib di Minggu Media Sosial Malaysia 2017, Rabu lalu.

“Saya terharu menerima anugerah daripada tangan PM. Saya melentokkan kepala ke bahu PM kerana tidak tahu untuk menggambarkan betapa terujanya saya ketika itu.

“Tapi, saya tidak sangka yang PM kita orang yang sangat ‘sporting’! Beliau turut melentokkan kepala kepada saya.

“Momen malam ini tidak akan saya lupakan kerana ia sangat berharga buat diri saya, apatah lagi PM memuat naik foto kami di IGnya,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan yang ketika ini mempunyai 4.4 juta pengikut di IG turut berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.

“Terima kasih kepada semua pengikut saya di IG, terutama peminat yang sering memberikan semangat dan sokongan sehingga saya berada di tempat saya sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, PM turut dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Global pada majlis anjuran Dewan Sosial Media Malaysia itu.

Anugerah tersebut disampaikan Pengasas dan Presiden Dewan Sosial Media Malaysia, Shahul Dawood Hameed sebagai penghargaan kepada beliau yang menggerakkan industri digital Malaysia dengan pelbagai inisiatif serta kerjasama di peringkat global.

Selain itu, Shahul dalam ucapannya turut menyifatkan penglibatan aktif Perdana Menteri dalam media sosial menjadikan beliau sebagai role model penting kepimpinan masa kini.

Setakat ini Najib Razak mempunyai 337,000 pengikut di Instagram, 3.3 juta pengikut di Facebook dan 3.8juta pengikut di Twitter.

Beliau mula menggunakan Twitter sejak September 2007 ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi menyampaikan maklumat serta kenyataan media.
 
Bagi platform Instagram, beliau mula aktif sejak Mac 2013 sebagai tempat berkongsi aktiviti di sebalik tabir.-10/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 615  tetamu dalam talian