23Oktober2017

SPRM terbit teater bahaya rasuah bertajuk Bahara Emas

Bagi mendekatkan diri dengan masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bijak menggunakan platform seni dengan menganjurkan pementasan teater bertajuk Bahara Emas.

Bahara Emas akan dipentaskan dipentaskan sempena Sambutan 50 Tahun SPRM dan ia merupakan hasil kerjasama Ctra Production, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara).

Teater ini akan dipentaskan di Auditorium DBP bermula 19 sehingga 22 Oktober ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad pementasan teater bertajuk Bahara Emas anjuran agensi itu terselit pelbagai mesej mengenai rasuah kepada para penonton.

"Teater ini adalah sumbangan SPRM untuk masyarakat dalam memberi kesedaran mengenai rasuah.

"Saya juga mahu pastikan masyarakat turut serta bersama pihak kami dalam memerangi rasuah," katanya

Bahara Emas berkisar mengenai kisah di era pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke-8 dan jalan ceritanyamenampilkan elemen seperti rasuah, hasad dengki dan fitnah yang berlaku pada zaman itu.

Skrip Bahara Emas ditulis oleh Rosminah Tahir dan menampilkan 50 pelakon termasuk Farahdhiya, Izzue Islam, Amar Asyraf dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Teater yang tidak mengenakan sebarang bayaran masuk ini turut menggunakan khidmat Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah sebagai pengarah muzik.-10/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 844  tetamu dalam talian