18Januari2019

Selepas nyanyi, Azira jadi pelakon

Selepas penonjolan kumpulan De Fam,  di persada seni suara kian mendapat tempat, tiga dari anggotanya, Azira Shafinaz Ramlan atau Azira Shafinaz (tengah), bersedia melangkah kaki sebagai pelakon drama TV.

Azira Shafinaz, 25, juga seorang penari,  diketengahkan bakat lakonan oleh pengarah Ahmad Idham dalam drama sulungnya, Married Tapi Benci menerusi slot Lestary yang disiarkan di TV3 ketika ini.

Drama pertama Azira Shafinaz ini memberi peluang bergandingan dengan pelakon Shafiq Kyle membawa watak Rina.

Teruja dengan watak tersebut, Azira Shafinaz berkata inilah perkembangan terbarunya pada tahun ini.

Malah mengucap terima kasih kepada peminat De Fam kerana menyokong pembabitannya sebagai pelakon.

“Alhamdulillah, sudah masuk beberapa episod lakonan saya dalam drama ini. Ternyata peminat memberi sokongan kepada kerjaya baru ini. Terima kasih kepada peminat.

“Sejujurnya saya mengakui masih banyak perlu saya pelajari. Namun rakan-rakan seperjuangan banyak membantu saya.

“Malah Abang Ahmad Idham juga memberi tunjuk ajar, agar saya menjiwai watak Rina dengan sepenuh hati.

“Bagi saya, kita ini bukannya sempurna, tentu ada kekuranganya. Namun saya pasti drama ini bakal ramai yang menontonnya,” kata Azira Shafinaz.

Sementara itu, Azira Shafinaz berkata dia bersama kumpulan De Fam gembira kerana mendapat peluang muncul dalam persembahan buat pertama kalinya di Anugerah Meletop Era 2016 . Malah kumpulan ini juga tersenarai sebagai calon bagi kategori Group/Duo Meletop, baru-baru ini.

“Terima kasih menontonn persembahan pertama kami dan  mengundi kami untuk kategori Group/Duo Meletop,” kata Azira Shafinaz bersama dua lag rakannya, Sophiatul Liana Mohamed Sobri dan Nurshazwani Shamsuddin atau Manggis.

Mereka bertiga percaya dengan persembahan bertenaga menerusi genre hip hop yang dipertaruhkan, De Fam bakal merealisasikan impian untuk dikenali satu hari nanti.

Azira Shafinaz berharap dengan iltizam dan semangat yang kuat ditambah dengan ‘kuasa’ rangkaian syarikat rakaman yang dinaungi, Tune Studios, De Fam percaya mereka mampu mengembangkan sayap ke luar negara satu hari nanti.

Melalui single berjudul #Supergirls semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan.

Lebih membanggakan apabila lagu yang dimuat naik dalam laman perkongsian video YouTube sejak tiga bulan lalu itu sudah mencecah lebih 1 juta tontonan.

Azira Shafinaz memberitahu, mereka perlu memantapkan persembahan agar setaraf dengan kumpulan wanita di peringkat antarabangsa.

“Kami menjadikan Destiny’s Child dan TLC sebagai inspirasi dalam usaha untuk memastikan persembahan sentiasa ‘hidup’ dan bertenaga.

“Mereka mempunyai kekuatan tersendiri dan boleh memaku peminat dengan cara penampilan tersendiri.

“Tapi jangan sangka yang kami akan meniru bulat-bulat tarian daripada kumpulan Barat itu. Kami masih tahu batasan dan sensitif budaya masyarakat Melayu.

“Kena jaga bab itu sebab kami juga tidak selesa jika mempersembahkan tarian yang tidak sesuai. Begitu juga dengan soal pemakaian,” katanya yang menjadi penari sejak di bangku sekolah lagi.

Berkongsi cerita, menurut Azira, dia juga tidak pernah menyangka menukar profesion daripada penari profesional kepada bidang nyanyian.

Ini kerana selama ini mereka selesa mengiringi penyanyi yang membuat persembahan di pentas.

Kata Azira, keputusan menukar profesion itu dibuat selepas menyedari bahawa mereka juga minat dengan dunia nyanyian.

Kerap berkaraoke selepas sesi latihan di studio, siapa sangka aktiviti ‘suka-suka’ itu kemudiannya mencetuskan idea kepada mereka untuk sama-sama menubuhkan kumpulan De Fam.

“Saya dan Sophia memang berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi manakala Manggis hadir selepas menyertai studio tempat kami menjalani latihan menari,” katanya lagi.-2/3/2016 OLEH ZAINI ZAA

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 489  tetamu dalam talian