17Januari2018

Selebriti ugut dedah nama wanita tipu pakej pelancongan

Pelakon, Den Wahad dan pengarah, Aziz M Osman memberi kata dua kepada seorang wanita yang didakwa menipu dengan menyamar sebagai wakil sebuah agensi pelancongan hingga rombongan keluarga selebriti Malaysia itu terkandas di Korea Selatan baru-baru ini.

Den Wahab berkata pihaknya memberi tempoh seminggu kepada wanita terbabit sama ada mahu memulangkan wang berjumlah RM90 ribu atau identitinya akan didedahkan.

"Kami beri masa seminggu kepada wanita itu. Jika dia enggan berbuat demikian, kami tidak teragak-agak menyebarkan identitinya.

"Segala maklumat mengenai dia, ada dalam tangan kami," katanya kepada media selepas membuat laporan polis terhadap wanita terbabit di Balai Polis Mutiara Damansara, pada Rabu.

Den bersama Aziz serta enam lagi mangsa datang ke balai polis tersebut untuk membuat laporan berhubung penipuan yang didakwa dilakukan wanita berkenaan.

Baru-baru ini, Den dan Aziz, yang diiringi 22 anggota keluarga mendakwa kerugian kira-kira RM90,000 selepas ditipu seorang wanita yang mengaku mempunyai agensi pelancongan dan menawarkan pakej melawat Korea Selatan selama lima hari empat malam.

Namun, pada hari ketiga rombongan berada di Korea Selatan, Den dan Aziz mendakwa mereka diminta mengosongkan bilik penginapan selepas agensi pelancongan, Arba Travel & Tours tidak menerima bayaran daripada individu terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Arba Travel & Tours, Ammar Shahrin, berkata atas dasar belas kasihan terhadap keluarga Den dan Aziz, pihaknya mengeluarkan kos sebanyak RM50,000 membawa mereka pulang ke tanah air.

"Kami terpaksa menampung kos keseluruhan rombongan itu sehinggalah mereka pulang, Khamis lalu. Sebagai agensi pelancongan berlesen, kami perlu menjaga nama baik.

"Kami mahu menegaskan, ini kali pertama syarikat berurusan dengan individu terbabit. Kami tidak pernah melantik dia sebagai wakil agensi," katanya.

Kata Ammar, pihaknya turut membuat laporan polis supaya wanita terbabit tidak melarikan diri.

"Selepas perkara ini dihebahkan media, dia ada menghantar mesej melalui WhatsApp. Dia mengugut kami supaya tidak membuat laporan polis atau wang tidak diserahkan.

"Tetapi, kami tetap buat laporan dan mahu dia segera pulangkan wang itu. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan segera agar dia tidak menipu orang lain," katanya.-4/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 573  tetamu dalam talian