25September2017

Sakura Band dan 6ixth Sense di stesen LRT Ara Damansara

Untuk julung kalinya, kumpulan tempatan iaitu Sakura Band dan 6ixth Sense diberi peluang oleh operator perkhidmatan Rapid KL, Rapid Rail untuk mengelolakan acara Fiesta RapidRail.

Program yang mendapat kerjasama portal beli-belah dalam talian, Roopawan, itu berlangsung sepanjang bulan April ini di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ara Damansara.

Menerusi kenyataan Rapid KL, jurucakap dua kumpulan itu, Shahrul Effendy berkata, kerjasama itu menunjukkan selebriti tempatan bukan saja fokus kepada bidang seni semata-mata, tetapi turut membabitkan diri dalam penganjuran acara berbeza.

"Kami berbangga apabila diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pihak Rapid Rail untuk mengelolakan acara sebegini.

"Ia membuktikan selebriti tidak terus berada dalam zon selesa di bidang hiburan semata-mata. Acara ini juga dianggap sebagai batu loncatan buat mereka berkecimpung dalam perniagaan korporat," katanya.

Dianjurkan pada setiap Sabtu dan Ahad, dari jam 10 pagi sehingga 10 malam sepanjang bulan ini, pesta berkenaan membabitkan penyertaan lebih 60 vendor, trak makanan dan gerai selebriti tempatan serta dimeriahkan dengan pelbagai persembahan hiburan.

Selain Sakura Band dan 6ixth Sense, artis yang terbabit dalam jualan gerai selebriti ialah Alvin Chong, Anis Al Idrus, Bunkface, Wak Doyok, Fiza Sabjahan, Hazreena dan Bob Ringgo.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Ir Zohari Sulaiman berharap acara yang dianjurkan buat julung kali itu akan membuahkan hasil memberangsangkan.

"Fiesta RapidRail yang dianjurkan di Stesen LRT Ara Damansara ini adalah inisiatif kami untuk mempromosi dan menceriakan stesen LRT supaya menjadi tempat tarikan, selain hentian setempat bagi orang ramai berinteraksi serta melaksanakan aktiviti komersial.

"Usaha ini diharapkan dapat menarik lebih ramai orang awam menggunakan perkhidmatan LRT, yang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat," kata Zohari.

Perkembangan terkini Fiesta RapidRail 2017 boleh diikuti di laman Facebook @rapidrailfiesta atau Instagram @rapidrailfiesta.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.myrapid.com.my atau mengikuti Facebook @myrapid, Instagram @myrapidkl dan Twitter @myrapidkl.-17/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 765  tetamu dalam talian