25Mei2017

Rosyam kini duta produk kecantikan lelaki... Luxone

Siapa kata hanya wanita sahaja yang mementingkan penampilan diri? Lelaki juga perlu menitikberatkan soal penampilan kerana secara tidak langsung ia akan memperlihatkan personaliti kita kepada umum.

Jadi tidak hairanlah, hero malaya, Datuk Rosyam Noor menerima tawaran pengarah muda, Syafiq Yusof untuk menjadi duta produk kosmetik pertamanya, Luxone.

Rosyam berkata setelah sebulan menggunakan produk tersebut, ia memberi kesan positif dan bersifat anti penuaan.

"Semasa penggambaran, Syafiq datang berjumpa saya dan memperkenalkan produk ini serta meminta saya menggunakannya.

"Saya menerima tawaran untuk menjadi duta selepas sebulan menggunakan produk tersebut yang memberi kesan positif kepada kulit wajahnya," katanya.

Syafiq, 24, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Luxeone International Sdn Bhd itu berkata, pada awalnya Rosyam diberi produk berasaskan argan itu untuk dicuba namun pelakon itu memberitahu ia memberi kesan positif kepada kulitnya dan dia terus melamarnya untuk menjadi duta.

"Pada mulanya rakan-rakan minta saya cari duta dikalangan artis muda, tapi saya fikir buat apa cari yang muda kerana sudah tentu mereka tiada sebarang masalah kulit.

"Selepas saya beri abang Rosyam cuba produk ini, dia datang kembali beritahu ia berkesan dan ingin membeli produk itu. Jadi saya terus membuat tawaran sebagai duta," ujarnya.

Rosyam dilantik sebagai duta produk pertama keluaran syarikat milik Syafiq Yusof itu dalam sebuah majlis yang diadakan Isnin lalu.

Bagaimanapun, Syafiq berkata, pada awalnya dia bimbang dengan harga yang perlu dibayar kepada pelakon popular itu.

Namun, selepas beberapa perbincangan, Rosyam memberi persetujuan untuk memikul tanggungjawab sebagai duta produk terbabit.

"Saya ada bertanya kepada dia bayaran sebagai duta, pada awalnya memang tidak mampu tapi Alhamdulillah selepas tawar menawar, beliau setuju dengan harga saya beri," ujarnya.-20/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 934  tetamu dalam talian