14Disember2018

PRU14: Konsert Radja Malaikat Cinta pun tangguh...

Jika sebelum ini Konsert Rock Legend 2018 yang melibatkan kumpulan May dan Prime Domectic ditangguhkan demi menghormati Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), nasib yang sama dilalui oleh Konsert Radja Malaikat Cinta.

Konsert kumpulan dari negara seberang itu sepatutnya beraksi di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, pada 5 Mei ini, memilih untuk menunda bagi memberi laluan kepada PRU-14 yang akan berlangsung 9 Mei nanti.

Menurut vokalis kumpulan Radja, Ian, dia reda dengan penangguhan yang dilakukan dan bersedia memberikan persembahan terbaik pada konsert akan datang ini.

"Kami redha dengan keputusan yang dilakukan ini dan bersyukur kerana konsert ini cuma ditangguhkan dan bukannya dibatalkan.

"Sejujurnya kami tidak mempunyai sebarang masalah dan menghormati keputusan yang dilakukan untuk memberi laluan dahulu kepada PRU-14.

"Sekurang-kurangnya kami mempunyai masa lagi untuk melakukan persediaan dan promosi untuk menarik lebih ramai peminat yang hadir untuk konsert tersebut.

"Malaysia sudah merupakan rumah kedua kepada kumpulan Radja kerana kebanyakkan peminat kami berasal dari sini dan konsert ini merupakan hadiah kami kepada mereka," katanya.

Tiket Konsert Radja Malaikat Cinta mula dijual pada harga RM285, RM215, RM165, RM125 dan RM85.

Tiket-tiket boleh didapati di www.airasiaredtix.com secara dalam talian atau ada dijual di Rock Corner, The Garden Mid Valley, Victoria Music di Sg Wang dan Amcorp Mall dan di Artis Gallery, Gurney Plaza serta Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Konsert Radja Malaikat Cinta dianjurkan sempena kehadiran single terbaru kumpulan itu, Malaikat Cinta yang dilancarkan di Jakarta, 19 Mac lalu.

Pada konsert itu, Radja bakal mempersembahkan 15 lagu termasuk Jujur, Benci Bilang Cinta, Takkan Melupakanmu dan Tulus.

Kumpulan yang baru menubuhkan label, Istana Musik itu berharap, konsert itu akan mengubati kerinduan peminat selepas kali terakhir menjayakan persembahan besar di sini pada tahun 2006.

"Kami juga ingin mengambil peluang keemasan itu untuk mempersembahkan Malaikat Cinta buat kali pertama kepada peminat Malaysia. Lebih istimewa, akan ada kejutan yang menanti sempena ulang tahun ke-17 Radja.

"Sebelum ini, kami pernah membuat persembahan di sini pada 2010, tetapi berkongsi pentas dengan beberapa artis lain. Syukur, selepas 12 tahun, kami berpeluang menjayakan konsert sendiri. Pastinya kami menjanjikan yang terbaik," katanya.-17/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 250  tetamu dalam talian