18November2017

Pelawak jadi DJ ganti Halim Othman

Pelawak Shahrol Azizie, 33, diumumkan sebagai penyampai baru menggantikan tempat Halim Othman di stesen radio Suria FM, Isnin.

Anggota kumpulan Shiro itu sudah pun memulakan tugasnya, pagi ini bersama Zulin Aziz dan Fizi Ali di segmen Suria Pagi.

"Saya menerima tawaran ini dua minggu lalu dan terus bersetuju kerana mahu kembali semula dalam bidang berkenaan.

"Namun, saya terlebih dahulu meminta pandangan dari keluarga dan rakan-rakan sebelum membuat keputusan," katanya yang pernah menjadi penyampai stesen radio Era FM.

Mengulas mengenai trend stesen radio menggunakan khidmat pelawak sebagai penyampai, Shahrol berpendapat bidang itu memerlukan pengetahuan luas.

"Apabila menjadi penyampai perlu ada ilmu dan mengetahui apa yang dibualkan selain tidak boleh membuat lawak kosong," katanya.

Halim kini mengendalikan segmen Grandstand Suria yang bersiaran pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 pagi sehingga 1 petang.-11/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 958  tetamu dalam talian