17Januari2019

Pak Nil ganti Najip Ali juri tetap MLM2017

Teka-teki mengenai kekosongan kerusi juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) akhirnya terjawab apabila pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi dipilih bagi menggalas tugas berkenaan.

Menerusi kenyataan rasmi stesen penyiaran Astro, Aznil akan memulakan tugasnya bermula siaran malam ini (Jumaat).

"Demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan Maharaja Lawak Mega untuk peminat, tenaga produksi telah mengambil keputusan untuk menggantikan Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap di dalam program ini," demikian menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Bagaimanapun wakil Astro enggan memberikan komen lanjut mengenai pemilihan Aznil sebaliknya akan mengadakan sidang media pada malam ini.

Sementara itu Aznil, 55, juga gagal dihubungi kerana difahamkan masih dalam perjalanan pulang dari London.

Pada Khamis media melaporkan bahawa pelawak terkenal, Harith Iskander terpaksa menolak tawaran sebagai juri tetap MLM2017 berikutan terikat dengan komitmen lain.

Aznil dipilih menggantikan Najip, 50, yang terpalit kontroversi akibat keceluparannya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan hiburan terbitan saluran televisyen Singapura.

Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan OK Chope yang memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams__________for threatening Malaysia’s progress.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.-7/4/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 329  tetamu dalam talian