15November2018

Nora luah perasaan kehilangan suami dalam lagu

Penyanyi Nora Ariffin yang pernah popular dengan lagu 'Di Persimpangan Dilema´ yang telah menghasilkan lebih 10 album sejak 1994akan muncul dengan single terbaharunya 'Ada Dalam Tiada´.

Lagu ciptaan Sirkhan dan lirik oleh Habsah Hassan yang khas didedikasi buat arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi, katanya ia bakal dilancarkan pada bulan hadapan.

"Kita sedang dalam proses perancangan untuk merakam muzik video bagi lagu ini yang sudah mendapat sambutan daripada peminat dan pihak media, " katanya yang turut berterima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan.

Lagu 'Ada Dalam Tiada´ yang menceritakan perasaannya setelah kehilangan suami tersayang pada tahun lepas itu turut dimuatkan ke dalam album 'Tribute 30 Tahun Johan Nawawi´ yang bakal dilancarkan.

Album tribute itu memuatkan koleksi lagu ciptaan arwah yang dinyanyikan penyanyi terkenal tanah air antaranya oleh Datuk Sheila Majid, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Siti Nurhaliza.

Pada asalnya ia merupakan perancangan arwah komposer terkenal itu untuk diterbitkan pada tahun lepas, namun hasrat itu tidak kesampaian.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata beliau bakal dilantik sebagai duta bagi sebuah jenama produk terkenal dan akan diumumkan dalam masa terdekat.-23/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 496  tetamu dalam talian