25April2017

Nelydia Senrose berdepan waran tangkap...

Gara-gara  gagal menghadirkan diri bagi prosiding kesnya dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di mahkamah artis terkenal,Nelydia Senrose kini berdepan waran tangkap.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, tidak menghadiri sesi sebutan kes itu pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

Menurut kenyataan LHDN artis itu menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 supaya mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Selain itu, dia turut menghadapi satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Majistret telah menetapkan tarikh baharu sebutan kes itu pada 24 Mei ini.

Menurut LHDN kegagalan mematuhi kedua-dua notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan, atau kedua-duanya sekali.- 21/4/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 949  tetamu dalam talian