15November2018

Maya Karin rindu di pentas hos TV

Luahan hati pelakon terkenal Maya Karin semasa Linda Onn, penyampai stesen radio SuriaFM, mengendalikan segmen Ceria Petang di Suria – da’house, mengenai hasratnya kembali bergelar hos program TV,   menimbulkan tanda tanya soal kepuasan sebagai pelakon.

Bagaimanapun Maya Karin berkata dunia lakonan lebih memberinya nikmat sebagai anak seni, manakala dunia hos pilihan keduanya.

Semasa di konti SuriaFM, Linda Onn berkata, bakat Maya Karin sebagai penyampai radio, juga tidak kurang hebatnya.

“Ok not bad jugak Maya jadi penyampai radio,” kata Linda, baru-baru ini.

Maya Karin  atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 37, selain berlakon juga bergelar penyanyi dan sempat menghasilkan tiga album bermula album pertama iaitu Erti Cinta pada 2001.

Namun itulah kali terakhir iaitu pada 2014 menerusi album Teka Teki dan selepas itu, dia tidak lagi menghasilkan album solonya.

Mengenai hasratnya mahu kembali bergelar hos TV, Maya mula menimba pengalaman sebagai pengacara dalam program TV, antaranya  ialah Wavelength (TV3), Ratu Sehari (Astro Ria), Channel V(saluran 714, Astro), Beauty Secret From The East (TV3) dan rancangan mengenai wanita Nona  juga di TV3.

Dilahirkan di Jerman, berdarah campuran Jerman-Melayu, anak sulung tiga beradik, sememangnya mempunyai pendidikan dalam bidang media dan pemasaran dari Institut Lim Kok Wing.

Menyentuh hasratnya itu, Maya berkata karier sebagai hos TV, memberinya kelebihan berintraksi dengan penonton.

“Saya rindu untuk kembali ke pentas sebagai hos TV. Tapi belum ada tawaran lagi.

“Pengalaman lalu memberi saya kepuasan namun dunia lakonan yang juga mahukan komitmen yang tinggi. Selepas filem Jwanita dan Nota, ketika ini saya sibuk pula dengan filem Taming Saring.

“Namun kalau ada rezeki kedua-dua bidang ini, sebagai hos dan pelakon,  saya mahu jadikannya sebagai sumber rezeki saya,” kata Maya yang memulakan karier lakonan menerusi filem sulung, Seri Dewi Malam pada 2001 yang sehingga kini dia sudah berlakon 21 buah filem.

Enggan digelar pelakon stereotaip, Maya Karin membuktikan dirinya seorang pelakon versatil dan mahu  mencabar dirinya dengan pemilihan watak yang berbeza.

Aktres yang pernah bergelar Aktres Terbaik  semasa Festival Filem Asia Pasifik ke 49 di Fukuoka, Jepun pada 2004 menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Kejayaan itu mengegarkan persada filem tanah air sehingga pelakon ini menjadi buruan pengarah filem yang mahu merebut penglibatannya dalam filem arahan mereka.

Ketika berlangsungnya anugerah Festival Filem Malaysia pada 2008, sekali lagi, Maya Karin dinobatkan sebagai  Aktres Terbaik menerusi Anak Halal.

“Saya sedang menantikan skripm filem yang benar-benar mencabar wibawa saya sebagai pelakon,” katanya sebagai azam pada tahun ini.-7/3/2016 OLEH ZAINI ZAA *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 375  tetamu dalam talian