19November2017

Laudya Cynthia Bella dah sah isteri Engku Emran

Kini tidak ada teka teki lagi dalam soal hubungan antara pelakon terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella  dan bekas suami Erra fazira,Engku Emran Engku Zainal Abidin.
 
Kedua mereka selamat dijabkabul sebagai suami isteri yang sah dalam majlis yang sederhana dan tertutup di sebuah hotel di Kuala lumpur Jumaat.
 
Dengan sekali lafaz, Bella yang berusia 29 sah menjadi isteri Emran,42 pada jam 6.57 petang.
Mereka dinikahkah oleh Busye Amir bapa Bella.
 
Antara rakan artis Bella dari Indonesia  yang turut menyaksikan majlis pernikahan ialah  Melly Goeslow, Titi Kamal dan Irwansyah.
 
Nora Danish dah suaminya, Nedim Nazri iaitu orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Engku Emran dengan Bella juga hadir.
 
Turut sama ialah Engku Aleesyaa anak hasil perkahwinan Engku Emran dengan Erra Fazira.- 8/9/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 684  tetamu dalam talian