23Oktober2017

Lagi selebriti jadi mangsa foto lucah...

Penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz bukanlah artis pertama yang menjadi mangsa, foto disunting menjadi foto lucah.

Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abd Aziz, 28, melahirkan rasa kesal apabila menjadi mangsa kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Beliau menerusi akaun Twitternya @iamzulinaziz turut menggesa pengguna media sosial melaporkan akaun palsu yang menyebarkan fotonya itu.

"Aku tak tahu kau ni manusia jenis apa. Tolong saya laporkan akaun budak ni," katanya.

Dalam pada itu, Zulin berkata, ia merupakan kali pertama dia menerima gangguan lucah seperti itu sejak bergelar artis.

"Ini kali pertama saya kena gangguan lucah ini. Pada awalnya saya tidak perasan, namun bila beberapa keping dihantar, saya sedar ia adalah gambar yang memalukan.

"Dia juga turut menghantar video lucah di laman sosial yang sama," ujarnya.

Pada masa sama, peminatnya menerusi Twitter menggesa Zulin melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

"Mohon @PDRMsia @SKMM_MCMC siasat dan ambil tindakan terhadap penyebar yang menggunakan akaun palsu ini," kata Benyamin Alsagoff menerusi Twitternya.

Sementara itu, seorang lagi peminat menggunakan Tweet handle @is_ameeRah mengaku sudah melaporkan akaun tersebut.

"Semalam nampak, terus lapor dan sekat (akaun palsu terbabit) sekali. Bukan manusia tu, entah apa-apa," balasnya.

Selain Zulin, beberapa artis lain kebelakangan ini turut menjadi mangsa berkaitan imej lucah seperti Anding, Eyka Farhana dan Feeya Iskandar.-9/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 751  tetamu dalam talian