20September2018

'Kurus macam papan' punya cerita....

Pelakon Siti Elizad membidas sesetengah netizen yang dianggap biadap apabila menghina bentuk badannya.

Elizad meluahkan rasa marahnya dengan menulis satu status di Twitter miliknya baru-baru ini.

Penaju utama drama Syurga Yang Kedua itu turut memuat naik ‘screenshot’ profile orang yang telah melakukan perkara tersebut

Kata Elizad kata-kata hinaan itu tidak boleh dimaafkan apabila ia turut melibatkan keluarganya.

“Nak hina benda lain saya ok lagi? Cuma jangan sentuh bab family dan  fizikal saya je hokay.

“Kurus macam papan pun kejadian Allah yang bagi. Mulut makcik cantekk naw ke?

“Okay lah bagi can nak famous kerana mulut awak yang menghina saya tu?” tulisnya.

Dalam pada itu, peminatnya juga turut menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan  oleh netizen tersebut.

“Ya Allah tak faham manusia. Kurus kau mengata gemuk kau mengata. Tak paham orang macam ni. Nak apa sebenarnya. Tu kan ketentuan,” tulis @yramoratta

“Orang yang dengki je biasanya buat kerja macam ni. Dok tengok buruk orang je pandai. Buruk sendri pon tak nampak. Dah badan tak macam kak Ejad, jeleslah tu,” coret Nur Zahiera.-16/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 444  tetamu dalam talian