18Julai2018

Konsert Rock Legend ditangguh kerana PRU14...

Konsert Rock Legend 2018 yang melibatkan kumpulan May dan Prime Domectic ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Penganjurnya, Grandstage Sdn. Bhd., melalui satu kenyataan media mengumumkan perkara tersebut.

“Pihak penganjur mengambil langkah ini bagi menghormati para peminat yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang telah ditetapkan pada Rabu, 9 Mei 2018.

“Tarikh konsert yang hanya tiga hari sebelum tarikh mengundi dijangka sedikit sebanyak akan mengganggu perancangan para peminat yang mungkin antaranya perlu pulang ke kampung halaman untuk mengundi,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak penganjur merasakan bahawa langkah menangguhkan konsert berkenaan adalah wajar dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Terdahulu, kumpulan legenda May bersama kumpulan Prime Domestic dijadualkan mengadakan Konsert Rock Legend 2018 di MAEPS, Serdang, Selangor pada 5 Mei depan.-13/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 527  tetamu dalam talian