21November2017

Julia Perez melawan kanser...

Keadaan kesihatan pelakon dan penyanyi Indonesia, Julia Perez atau mesra disapa Jupe semakin membimbangkan ekoran penyakit kanser pangkal rahim yang dihidapinya.

Menurut adiknya, Nia Anggia, keadaan kesihatan kakaknya itu semakin menurun malah dia sukar mengenali beberapa orang yang berada di sekelilingnya sejak seminggu lalu.

"Seminggu ini kondisinya menurun. Pihak keluarga dan doktor berusaha untuk tidak menerima ramai tetamu kerana kondisi Jupe makin lemah.

"Daya ingatan Jupe juga semakin lemah dan sudah mula tidak mengingati orang dengan baik.

"Ada yang kenal dan ada juga tidak kenal, dia perlu diingatkan," kata Nia Anggia dipetik Bintang.com.

Kata Nia lagi, ia mungkin kesan daripada ubat atau rawatan seperti kimoterapi, MRI dan sebagainya yang dilakukan Jupe.

"Saya tidak tahu ia berlaku kerana ubat. Masih belum tahu dan kami sedang mencari penyebabnya.," katanya.

Julia Perez telah disahkan menghidap penyakit barah pangkal rahim tahap empat.

Bekas suami Jupe yang juga merupakan pemain bola sepak Argentina, Gaston Castano dilihat turut bersimpati dengan keadaan pelakon tersebut

Menerusi laman Instagram (IG) Gaston telah memuat naik foto poster kutipan amal membantu dana perubatan Julia Perez daripada artis-artis Indonesia.

Serentak dengan itu, Gaston telah memberi kata-kata semangat buat bekas isterinya yang kini terlantar sakit akibat barah pangkal rahim tahap empat.

"Tetap semangat KECIL. Never give up TIGER @juliaperrezz," katanya.-18/4/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1317  tetamu dalam talian