16Disember2017

Jangan terlalu obses dengan #fattzura

Fazura, tidak mahu peminat terlalu obses dengan terma 'FattZura' yang rancak digunakan, khususnya di laman sosial.

Kata Fazura, dia berharap peminat menyedari hakikatnya dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin, masih dua individu yang mempunyai cara dan perancangan tersendiri dalam kerjaya.

"Saya menghargai sokongan dan doa-doa peminat terhadap kami. Tapi saya harap peminat sedar yang kami dua individu berbeza apabila masuk bab kerjaya.

"Tapi sebagai isteri saya akan sentiasa menyokong kerjaya Fattah, seperti mana dia juga menyokong kerjaya saya," kata Fazura dalam satu sesi bertemu media di Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya jika mereka mempunyai perancangan untuk kembali bekerjasama dalam sebuah lagu, kata Fazura ia mungkin dijayakan di masa depan.

"Buat masa ini kami mahu fokus kepada perancangan kerjaya sendiri terlebih dahulu. InsyaAllah, mungkin di masa depan," tambahnya.

Dalam pada itu, Fazura menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh mereka mengadakan majlis pernikahan dalam keadaan tergesa-gesa.

"Itu tidak benar. Kami sudah lama merancang untuk bernikah, cuma kami memilih untuk tidak membesarkannya kerana ia perkara peribadi.

"Tetapi seperti yang dijanjikan, kami tidak akan melupakan media dan peminat. Dan janji itu sudah pun kami tunaikan," kata pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini.

Fazura selamat diijabkabulkan dengan Fattah pada 27 Nov lalu, selepas kira-kira enam bulan berkenalan.-4/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 516  tetamu dalam talian