28Jun2017

Izara Aishah mengakui dia dalam klip video pakaian terdedah…mohon maaf

Pelakon Izara Aishah memang tidak boleh marah jika ramai yang mengutuknya bila melihat klip video yang tersebar dia berpakaian macam artis barat yang menjolok mata keterlaluan pada satu majlis.
 
Tidak kira atas apa alasan sekalipun ia dikira di luar batas budaya dan kesopanan di negara ini.
 
Dalam klip video itu dia memakai pakaian yang mendedahkan sebahagian buah dadanya.
 
Izara menerusi laman sosial miliknya Selasa mengakui klip video berkenaan adalah dirinya.
 
Namun katanya ia bukan semasa menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian di PICC, Putrajaya pada malam 14 Mei lalu.
 
Katanya kilp video itu adalah semasa menghadiri satu pertunjukkan fesyen lama dulu.
 
"Ia adalah video lama dan bukan dari Anugerah Bintang Popular baru-baru ini," katanya.
 
Apapun Izara memohon maaf kepada semua orang yang tersinggung melihat klip video itu.
 
Dia mengakui klip video itu adalah ‘moment of weakness’ dan ambil tanggongjawab penuh atas kelemahan itu.
 
Dia juga anggap ia satu pengajaran dan ujian dari Allah.
 
Menurutnya klip video itu disebar di aplikasi chat group Sabtu lalu dan kemudian dikongsi di pelbagai laman sosial.
 
Kata Izara timing ini berlaku beberapa minggu selepas dia dan Adib,anak Datuk Khalid (suami Datuk Siti Nurhaliza) umum rancangan untuk kahwin dalam tahun ini.- 16/5/2017
 
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 758  tetamu dalam talian