15November2018

Impian Tiz Zaqyah bergelar banduan tercapai...

Bagi pelakon Nur Kasih, Tiz Zaqyah,  yakin penghayatannya membawa watak  sebagai banduan menerusi karya terbarunya, Cermin Kasih, dapat dikongsi kesedihan bersama penonton.

Bukan sahaja peminat aktres ini, Tiz yang sekian lama mengidamkan watak sedemikian, bersyukur kerana berjaya melakonkan dengan baik seperti yang diarahkan pengarahnya, Murali Abdullah.

Sebelum ini Tiz pernah membawakan watak seorang wanita yang baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan jantung dalam drama Dejavu di Kinabalu.

Selain mengimpikan watak ini, Tiz juga menunggu tawaran melakonkan watak psiko, gila dan seram.

“Itulah impian saya ketika ini. Jika ada skrip sedmikian saya menawar diri melakonkan watak itu,” kata Tiz, ikhlas.

Tiz atau nama sebenarnya Tiz Zaqyah Abdul Razak, anak bungsu dua beradik, dikala berusia 27 tahun, popularitinya di layar putih kurang memberangsangkan.

Setakad ini, dia hanya baru dua filem lakonannya iaitu Nur Kasih The Movie dan Cinta Kura Kura sepanjang melibatkan diri sebagai anak seni sejak 2006 lagi.

Bagaimanapun menerusi drama yang diangkat ke layar putih, Nur Kasih berjaya meledakkan namanya di kalangan peminat drama TV sehingga menerima Anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada malam  Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.

“Cerekarama Cermin Kasih memberi peluang kepada saya menyelami kehidupan seorang banduan wanita. Kehidupan banduan memang sarat dengan penyesalan.

“Bagi saya sentuhan abang Murali berjaya mengemudikan watak saya dengan kemas sehingga ke penamatnya.

“Barulah saya betapa beratnya melakonkan watak banduan yang banyak memainkan emosi dan kenangan silam.

“Terserah kepada penonton untuk menghakimi lakonan saya itu. Tapi yang pasti saya mengajak penonton jalan lepaskan Cermin Kasih di TV3 nanti,” kata Tiz.

Cerekarama Cermin Kasih diterbitkan Arie Zaharie Production turut dimantapkan pelakon terbaik layar putih, Shahezy Sam, selain pelakon Raja Ilyas, Fazlina Ahmad Daud, Mak Engku, Zulkifli Ismail dan ramai lagi pelakon menemui penonton TV3, jam 9.00 malam, 3 Oktober depan.

Antara drama lakonannya ialah Gol & Gincu, Impian Illyana dan Nur Kasih selain telefilem Bernafas Dalam Lumpur dan Puaka Topeng Putih.

Malah cerekarama ini turut memberi peluang kepada pelajar dari @Akademi Masa Pro berlakon dalam Cermin Kasih.

Namun peminat turut tertanya-tanya sejauh mana penglibatan Tiz selain berlakon sebagai model, apatah lagi dia berada dalam kelompok sepuluh artis wanita tercantik Malaysia apabila bertudung.

Pernah digosipkan menjalin hubungan intim dengan pelakon Remy Ishak, pelakon yang menyatakan dunia seni suara sebagai bidang yang perlu diceburi, juag menjadi persoalan di kalangan peminat.

Ini kerana Tiz hanya sempat berduet bersama Yasin untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie. Kemudian selepas itu terus lenyap dari dua karier pilihannya.

Ada peminat menyarankan kepada pelakon cantik ini, menumpukan bidang lakonan dari menjadi model atau penyanyi. Mungkin ada benarnya tetapi Tiz mempunyai persepsi mengenai masa depannya sendiri.

Terpulang kepada pelakon ini mengembangkan bakat seni khasnya pada tahun-tahun akan datang.-22/9/2015 OLEH ZAINI ZAA

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1205  tetamu dalam talian