18Januari2019

Filem Lagenda Budak Setan 3 pecah panggung

Filem ketiga dan yang terakhir "Lagenda Budak Setan: Kasyah" (LBS 3) nampaknya masih mempunyai auranya tersendiri apabila berjaya mengutip RM1 juta selepas lima hari tayangan.

Penerbit dan pengarah filem LBS 3 Sharad Sharan yang pada mulanya bimbang dengan kutipan gembira apabila filem arahannya itu mendapat sambutan.

"Pada mulanya kami bimbang kerana sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini pungutan filem di pawagam kurang memberangsangkan.

"Nampaknya judul terakhir LBS yang kami terbitkan bersama Tarantella Pictures dan Astro Shaw mempunyai pengikut tegar.

"Melihatkan angka berkenaan , kami harap panggung juga masih mengekalkan kekerapan tayangan walaupun selepas tempoh wajib tayang kerana kami yakin penonton mengambil kesempatan cuti sekolah untuk datang menyaksikan LBS 3 beramai-ramai," katanya kepada HIP.

Sebelum ini pada tahun 2010 novel nukilan Ahadiat Akashah telah diangkat ke layar perak dan mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mengutip RM4.6 juta, manakala LBS 2 pula hanya memungut RM1.8 juta.

Filem yang membariskan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Maya Karin, Ayu Raudhah, Iqram Dinzly dan ramai lagi sudah pun mula ditayangkan sejak 11 September lalu.-19/9/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 515  tetamu dalam talian