17Januari2018

Fazura - Fattah Amin bakal timbang cahaya mata...?

Pelakon popular Fazura yang berkahwin dengan pelakon sensasi Fattah Amain digosipkan oleh netizen mengandung selepas berseloroh dirinya sedang mengidam.

Melalui sebuah video yang dikongsi oleh akaun Instagram @divaletopsdotcom menunjukkan pelantun lagu Sayangi Dirimu itu tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita.

"Banyak makan sis. Tak makan ke tadi sis?," tanya wanita itu.

Fazura, 34, dengan bersahaja menjawab, "Bukan, kot kot mengidam ke apa. kot kot lah."

Jawapan Fazura itu disambut dengan keterujaan wanita berkenaan serta beberapa rakan yang lain sambil mendoakan perkara itu menjadi kenyataan.

Video itu diambil ketika Fazura berada di majlis pelancaran sebuah produk kecantikan, Trudolly, di London yang menampilkan dirinya sebagai duta produk tersebut.

Video tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan dan rata-rata peminat melalui ruangan komen juga mendoakan agar pelakon jelita itu benar-benar hamil dan segera menimang cahaya mata.-10/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 818  tetamu dalam talian