16Disember2017

Fattah-Fazura sudah nikah Isnin malam…

Tutup buku…habis cerita.Tak perlu nak buat apa-apa spekulasi lagi.Pasangan sensasi Fattah Amin,27 dan Fazura,34 sudah selamat melangsungkan pernikahan Isnin malam.

Majlis itu berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ramai juga yang terkejut dapat khabar ini kerana tidak langsung menduga mereka akan bernikah secepat ini.

Ini berdasarkan cakap mereka semasa buat pengumuman mengesahkan sudah bertunang pada 13 November sekembali dari menunaikan umrah Khamis lalu.

Dalam sidang akhbar berkenaan pasangan ini memberi gambaran seolah akan ambil sedikit masa untuk bernikah.

Tanpa menyebut tarikh bila hendak nikah mereka cuma memberitahu majlis resepsi akan diadakan pada awal tahun depan.

Dari itu ada yang membuat andaian paling awal mereka akan bernikah ialah antara pertengahan hingga hujung Disember.- 28/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1106  tetamu dalam talian