18Oktober2018

Fattah-Fazura sudah bertunang...belum nikah lagi

Kini semua teka teki sudah terjawab.Sah... pasangan Fattah Amin,27 dan Nur Fazura,34 sudah bertunang teapi belum bernikah lagi.
 
Mereka memberi jawapan ini dalam sidang media yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur petang Khamis sekembali dari tunai umrah di Mekah.
 
Ikut ceritnya mereka terus bergegas ke hotel itu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, kira-kira jam 4 petang.
 
Fattah kata mereka bertunang pada 13 November lalu di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya.
 
Majlis itu diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga.
 
“Kami tidak bernikah di Mekah seperti yang didakwa. Malah kami juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk resepsi hotel dan sebagainya,"katanya.
 
Menurutnya setakat ini mereka belum menetapkan lagi tarikh bila hendak nikah.
 
Katanya mereka kini dalam proses mengurus pelbagai pekara termasuk dokumen pernikahan serta bakal menghadiri kursus perkahwinan.
 
Apapun katanya majlis pernikahan mereka nanti akan diadakan secara tertutup atas permintaan ahli keluarga.

“Tetapi kami dalam perancangan untuk mengadakan dua majlis resepsi. Satu untuk ahli keluarga dan media sebagai tanda menghargai rakan-rakan media dan satu lagi untuk peminat,” jelasnya.

Fazura pula menjelaskan majlis pertunangan mereka dirahsiakan  kerana tidak mahu menganggu ibadah mereka ketika di Mekah.
 
Mereka sudah sepakat untuk umum selepas tunai umrah.
 
Mengenai pertunangan yang dirahsiakan itu, menurut Fazura, mereka sudah sepakat dengan ahli keluarga yang lain untuk memberitahu perkara itu selepas menunaikan ibadah umrah.- 23/11/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 463  tetamu dalam talian