23November2017

Fathia Latiff buat hal lagi....

Sudah-sudahlah tu Fathia Latiff. Tak habis-habis lagi kisah Fathia Latiff ni, mula dengan kontroversi tayang badan di aplikasi Bigo, kemudian pelakon itu dikritik kerana disifatkan sebagai 'tidak bijak' mentafsirkan istilah cashless atau tanpa wang yang digunakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Tidak habis di situ,  kini Fathia dikritik kerana memuatnaik status di Twitternya dengan persoalan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada melawat Pulau Pinang yang kini sedang dilanda banjir.

"Assalamualaikum Prime Minister, tak pergi ke jenguk-jenguk #Penang?" tulisnya.

Status yang dikeluarkan Fathia mengundang kemarahan netizen yang menganggap pelakon wanita itu sebagai seorang artis yang hanya tahu bercakap.

Malah ramai meminta agar Fathia sendiri pergi ke Pulau Pinang dan menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana itu daripada hanya bercakap di Twitter.

"Kau ingat PM tiada kerja lain ke... pasal banjir ni banyak je pihak lain boleh uruskan... kenapa kau sendiri tak turun membantu jadi sukarelawan.

"Biadap, setakat provokasi macam ini. Perdana Menteri kerja berfokus dan kau jadi artis nampaknya tiada fokus.

"Kontroversi begini tidak membantu kau!

Orang-orang Perdana Menteri ramai pergi membantu. Cik 'Bigo' bila nak pergi membantu?," tulis beberapa netizen di Twitter.

Netizen turut tidak berpuas hati dengannya apabila Fathia dikatakan menyekat akaun pengikutnya yang meninggalkan komen negatif berhubung status itu.

Fathia didakwa tidak dapat menerima kritikan terhadapnya dan meminta pelakon itu agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan selepas ini.

Bagaimanapun Fathia dalam satu komen balasnya menjelaskan dia bertindak demikian kerana komen ditinggalkan tidak senonoh.

Malah netizen mengaitkan kembali kontroversi melanda aktres itu sebelum ini sebagai sasaran terhadap Fathia.

Sebelum ini, Fathia dikritik apabila kesilapannya mentafsir tajuk berita bertajuk "Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050" sebagai tidak relevan kerana negara tidak lagi menggunakan wang bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

Dalam pada itu Najib sudah membuat lawatan di Pulau Pinang pada Selasa sambil meninjau keadaan banjir di negeri itu ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.-8/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 659  tetamu dalam talian