23Oktober2017

Fathia dikecam peminat kerana tweet...

Belum sempat isu tayang badan reda, artis yang merupakan penyokong PPBM, Fathia Latiff buat kontroversi lain apabila 'tidak bijak' mentafsirkan istilah cashless atau tanpa wang yang digunakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pelakon wanita itu dikecam netizen dan mengatakan "wanita cantik tidak semestinya bijak".

"Kalau dia bijak, dia tak akan tayang *****," kata salah seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama Syaiful Rizal.

Fathia dikecam teruk apabila memuat naik status ke akaun Twitter mengulas kenyataan Khairy tentang aspirasi cashless society untuk negara.

Cashless society merujuk kepada sistem jual beli tanpa menggunakan wang dan peningkatan penggunaan kad debit sebagai gantinya.

Namun Fathia tersilap tafsir istilah berkenaan dan beranggapan ia membawa maksud sistem barter, atau sistem tukaran barang, yang diamalkan masyarakat zaman dahulu kala.

"Kita nak jadi macam zaman batu balik ke?buat sistem barter balik. kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. takuuuuuuu...," katanya.

Netizen berpendapat Fathia sepatutnya membaca isi kandungan berita berkenaan dan memahaminya terlebih dahulu.

Apatah lagi sebagai selebriti, setiap gerak geri, perlakuan dan status di laman sosial akan menjadi perhatian.

Nak ubah cerita, Fathia menyalahkan media kerana tajuk yang dikeluarkan tidak jelas.

"Cashless : broadmeaning. Nak tulis tajuk biar teghang (terang). Ni bukan tulis gossip," katanya.-12/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 777  tetamu dalam talian