22Mei2018

Farid Kamil akan didakwa di mahkamah esok kes laporan palsu

Kes melibatkan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari menjadi panas balik bila tersebar khabar beliau akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok Jumaat atas dakwaan buat laporan palsu kononnya tiga rakan artis meletakkan dadah di dalam minumannya.
 
Siasatan polis terhadap tiga yang berkenaan dapati laporan polis yang dilakukan Farid itu tidak berasas dan sengaja direka.
 
Ini dimaklumkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat kepada wartawan selepas satu majlis di Shah Alam Khamis.
 
“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan mengarahkan supaya Farid didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan kerana memberikan keterangan palsu.
 
“Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama,” katanya.
 
Sementara itu kelmarin majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya memberi Farid tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah.
 
Ini ekoran sidang akhbar Farid di The Loft Event Space, Setia Alam, Rabu lepas yang menyentuh mengenai kesnya.
 
“Mahkamah ambil kira baru-baru ini ada kenyataan dibuat tertuduh, jadi mahkamah ingin beri peringatan kepada tertuduh. Diharap tertuduh dan pihak berkaitan tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan kes yang telah dituduh di mahkamah.
 
“Apa-apa masalah atau perkara berbangkit perlu dikemukakan di mahkamah dan dibawa ketika perbicaraan,” kata majistret itu dan menambah apa yang dinyatakan dalam kenyataan tertuduh secara langsung atau tidak langsung, mungkin ada kaitan dengan pertuduhan dan mengingatkan peguam untuk meneliti perkara itu.
 
Peguam Faizul Mohd Nasir kemudian memohon maaf dan berkata sidang media yang dibuat anak guamnya tidak merujuk dan tidak menyentuh secara langsung terhadap pertuduhan.
 
“Saya rasa tidak ada sebarang subjudis, bagaimanapun saya berterima kasih atas teguran,” katanya.
 
Pada 11 Januaru lalu Farid ditahan selepas buat kecoh menampar anggota polis dan tendang orang awam di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.
 
Ujian air kencing dapati beliau positif dadah.- 8/3/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1019  tetamu dalam talian