25September2017

Erma Fatima, Bade bercerai talak satu...

Pengarah filem, Erma Fatima bercerai dengan suaminya juga pengarah filem Badaruddin Azmi.

Ia selepas pasangan ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Gombak Timur, Selangor.

Menurut laporan mStar Online, lafaz cerai tersebut dilakukan oleh Badaruddin Azmi atau lebih dikenali sebagai Bade di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin sekitar jam 11.35 pagi, Khamis.

Pasangan ini dilihat datang secara berasingan di mana Bade menaiki motosikal dan tiba kira-kira pukul 10.30 pagi.

Manakala Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, ditemani oleh adiknya, Betty Rahmad kemudiannya tiba di mahkamah pada jam 11 pagi.

Terdahulu, Bade selaku plaintiff untuk kes ini telah memfailkan permohonan cerai pada 10 Ogos lepas mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Dalam kes ini, Erma diwakili oleh peguam Datuk Abdul Jamal Mohd. Lokman Sulaiman manakala Bade pula, tidak diwakili mana-mana peguam.

Erma dan Bade mendirikan rumah tangga pada 30 November 1990 dan dikurniakan lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.

Kemudian, selepas 15 tahun melayari kehidupan dengan Erma, Bade telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isteri kedua, Aida Abdul pada Mei 2014.

Sebelum ini, pasangan ini menafikan akan bercerai berikutan masih saling menyayangi dan Erma juga mengakui boleh menerima hakikat hidup bermadu.-17/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 468  tetamu dalam talian