15November2018

Edry KRU komposer dengan pendapatan terbanyak tewaskan M Nasir

Rekod 13 tahun sifu muzik terkenal, Datuk M Nasir sebagai Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak, akhirnya dipecahkan Edry Abdul Halim pada Anugerah MACP 2014, malam ini.

Bagaimanapun, Nasir menerusi syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd mengungguli kategori Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak pada majlis anugerah anjuran Persatuan Perlindungan Hak Cipta karyawan Muzik (MACP) itu.

Akim Ahmad pula terpilih sebagai Komposer Muda Berpotensi manakala Yuna dan Mike Einziger memenangi kategori Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak menerusi lagu I Wanna Go.

Sementara itu, penulis lirik terkemuka yang banyak menghasilkan lagu popular seperti Salam Terakhir, dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Habsah Hassan sekali lagi diangkat sebagai Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak.

Pemilihan pemenang anugerah itu dibuat berdasarkan keputusan pengagihan royalti MACP sepanjang 2014.

Majlis makan malam dan penyampaian anugerah itu diadakan bagi mengiktiraf pencipta lagu terunggul dan lagu dengan persembahan terbanyak menerusi radio, televisyen, tempat awam dan telefon bimbit.

Komposer Saari Amri pula diiktiraf sebagai pemenang anugerah Nadi Cipta.

Penerima anugerah lain ialah Lagu Luar Negara Persembahan Terbanyak (I Got A Boy) nyanyian Girls Generation, Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak (EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd), Lagu Cina Persembahan Terbanyak (Fen Kai Yi Hou) nyanyian Fuying & Sam dan Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi (Tong Hua) nyanyian Michael Wong.-24/11/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 366  tetamu dalam talian