26Julai2017

Doktor masih belum tahu Saleem Iklim sakit apa...

Tiada apa yang menggembirakan Iera Fakhira, 28, selain dimaklumkan oleh doktor bahawa keada­an ayahnya yang juga penyanyi terkenal, Saleem semakin stabil dan menunjukkan perkembangan yang positif.

Menurut Iera, khabar gembira itu melegakan dia serta seluruh ahli keluarganya yang sebelum ini bimbang dengan keadaan kesihatan ayahnya yang tidak ke­bah daripada demam selepas lebih seminggu.

Ketika ini, vokalis utama kumpulan Iklim itu masih dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini sejak dimasukkan Selasa lalu.

“Bulan puasa lalu, ayah okey sahaja dan masih berpuasa sehinggalah dua hari sebelum raya, dia beritahu tidak larat untuk berpuasa disebabkan demam.

“Kita pun risau lihat keadaan dia dan bawa ke hospital tetapi demamnya belum baik. Doktor pakar yang merawat ayah me­minta supaya dia dimasukkan ke wad sebab keadaannya ketika itu sudah lemah dan perlukan pemerhatian serius,” kata Iera Fakhira.

Ditanya mengenai penyakit yang dihidapi bapanya, jelas Iera Fakhira, buat masa ini mereka sekeluarga belum dimaklumkan penyakit sebenar ayahnya kerana doktor masih melakukan pemeriksaan rapi.

“Macam-macam pemeriksa­an­ dilakukan termasuklah darah, pemeriksaan imbasan berkomputer (CT Scan) dan lain-lain tetapi doktor masih belum be­ritahu keputusan,” jelasnya.

Tambah Iera Fakhira lagi, apa yang diberitahu hanyalah demam panas selama seminggu dan pernafasannya yang lemah tapi sudah beransur pulih.

Saleem atau nama sebenar­nya AM Salim Abdul Majeed, 55, kini sudah boleh mula bercakap tetapi masih di bawah pemantauan doktor.

Kata Iera Fakhira, dia dan keluarganya berserah pada Allah dan mengharapkan yang terbaik.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama ayahnya menghadapi penyakit yang memaksa Saleem dirawat di hospital.

“Ayah sangat menjaga kesihatan diri dan sering menjalankan aktiviti sukan se­perti ber­basikal. Dia sentiasa memastikan tubuhnya sihat dan berada di tahap stamina yang tinggi untuk memudahkan dia membuat persembahan.

“Sebab itu dia jarang sakit dan sebelum ini kalau sakit pun, hanyalah demam biasa. Ini kali pertama dia sakit hingga terpaksa dirawat di hospital,” jelasnya.

Jelas Iera Fakhira lagi, ayahnya ada membe­ritahu ingin berjumpa dengan penyanyi Ameng Spring yang banyak membantunya se­panjang dia sa­kit.

“Ameng yang bantu bawa ayah ke hospital, sebab itu dia ingin jumpa dengan rakannya itu,” jelasnya.-7/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 747  tetamu dalam talian