23November2017

Datuk Jalaluddin sudah sah milik Rapidah...

 
Dari perkenalan menerusi laman facebook...pada Ahad pelakon terkenal Datuk Jalaludin Hassan,63 selamat diijabkabul dengan Rapidah Abd. Ghani, 44, di Masjid Bandar Tun Hussein Onn tidak jauh dari Kuala Lumpur.
 
Sekali lafaz sahaja jam 10.55 pagi  beres pada majlis yang dihadiri sekitar 100 orang sanak saudara dan sahabat handai kedua pihak.

Jalaluddin dinikahkan oleh abang kepada Rapidah, Lokman Ghani dengan mas kahwin berjumlah RM300 disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Mohd Faisal Mohd Noor.
 
Isteri Jalaludin Allahyarham Datin Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia pada 5 November tahun lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan paru-paru berair.
 
Hasil perkahwinan selama 40 tahun mereka memiliki lapan orang anak dan 14 cucu. 
 
Rapidah merupakan seorang ibu tunggal kepada empat orang anak. 
 
Jalaluddin dan Rapidah berkenalan menerusi facebook pada bulan Ramadan lalu sebelum bertemu buat kali pertama di rumah terbuka kawan baiknya.- 12/11/2017


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 660  tetamu dalam talian