17Disember2017

Chef Wan dilantik Profesor Adjung UUM

Chef terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM) berkuat kuasa 1 Februari lepas.

Beliau menerima watikah pelantikan bagi tempoh 2 tahun bermula 1 Februari lepas hingga 31 Januari 2019 daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir, disaksikan Naib Canselor UUM, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di sini hari ini.

Mohamed Mustafa berkata, pemilihan Chef Wan, 51, dibuat berdasarkan pengalaman, kepakaran serta kesesuaian bidang masakan yang diceburi beliau serta dilihat dapat berkongsi pengalaman dengan pensyarah dan pelajar.

“Pemilihan tersebut adalah langkah meningkatkan kecemerlangan ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan perancangan akademik STHEM,” katanya pada majlis Sambutan Hari Pengasasan ke-33 UUM dan perasmian Restoran Manager’s Coffee di sini.

Chef Wan memiliki ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.

Di peringkat antarabangsa, beliau telah dinobatkan sebagai ‘Selebriti Chef Terbaik Dunia’ di ‘World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009’ selain menerima gelaran ‘Friends of Thailand Award’ pada 2010 daripada kerajaan Thailand.-20/3/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 591  tetamu dalam talian