23Oktober2017

Benjy didakwa di mahkamah Indonesia kes seludup dadah

Pelakon, Khaireyll Benjamin Ibrahim,38, atau lebih dikenali sebagai Benjy berhadapan kemungkinan dihukum penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.

Memetik laporan Tribun Medan, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas Benjy kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara itu.

Sementara itu, Ketua Hakim Mahkamah Daerah Medan, Wahyu Prasetyo Wibowo memberitahu, bahawa akan memberi tempoh seminggu buat Benjy untuk mengemukakan hujahan bertulis untuk tujuan pembelaan diri.

"Adakah anda akan membuat pembelaan diri?.

"Diberi waktu satu minggu, anda siapkan ya secara tertulis. Anda siapkan?" ujarnya lagi.

Benjy mengangguk tanda faham dan lantaran itu hakim menutup sidang mahkamah.

Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada 18 April lalu bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.

Pada tahun 2015, Benjy pernah didakwa di Mahkamah Majistret Muar atas pertuduhan mengedar dadah jenis "methamphetamine".-5/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 745  tetamu dalam talian