24Oktober2017

Aaron Aziz tunggu tayangan filem kedua arahannya

Melunaskan tanggungjawab sebagai pengarah dengan kerja suntingan terakhir beres, Aaron Aziz kini teruja menanti tayangan filem Sayu Yang Syukur, tidak lama lagi.

Kali kedua mengarah filem, Aaron yang berganding dengan Nora Danish dalam filem terbabit berharap naskhah garapannya diterima peminat.

"Saya jangka filem Sayu Yang Syukur dapat ditayangkan tahun ini. Komitmen saya dalam aspek pengarahan dan suntingan filem ini sudah selesai.

"Selepas ini, pihak produksi perlu beri tumpuan kepada promosi, selain urusan berhubung Skim Wajib Tayang bagi filem ini," katanya.

Sebelum ini, Aaron pernah mengarah filem Romeo Kota.

Dalam perkembangan terbaru, Aaron mengajak peminat menonton filem Kau Yang Satu yang mula ditayangkan pada 27 Julai lalu. Filem itu menyaksikan Aaron berganding buat pertama kalinya dengan Izara Aishah.

"Saya memegang watak Taufik. Karakter itu boleh dikatakan sama dengan apa yang pernah dilakonkan dulu.

"Tapi saya beri kelainan dengan mewarnai watak Taufik... sekali pandang macam watak psiko," katanya.

Mengenai gandingannya, Aaron kagum dengan lakonan Izara.

"Izara sangat cemerlang memegang watak Salina. Kami menghilangkan rasa janggal dan malu melalui bengkel lakonan yang dikendalikan Ellie Suriaty.

"Jadi apabila masuk set penggambaran, kami tahu apa yang nak dilakukan... perasaan segan itu dilontar jauh," katanya.

Filem Kau Yang Satu turut membariskan pelakon seperti Hisyam Hamid, Soo Wincci, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Ketika ini, Aaron juga sedang menunggu tarikh tayangan dua filem antarabangsa dari Hong Kong dan India yang dibintanginya.-7/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 846  tetamu dalam talian