22Oktober2017

NCIA minat bangunkan projek di Lumut dan Beruas

 Lumut dan Pangkor jauh lebih membangun berbanding beberapa tahun yang lalu.

Terkesan dengan kepesatan pembangunan di kawasan sebelah sini sejak Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak ke 11 pada 20011.

Perlantikan beliau ke jawatan penting itu menandakan  bermulanya era baru buat penduduk yang sinonim dengan laut dan pantai serta aktiviti penangkapan ikan laut dalam.

Dengan lain erti kehidupan nelayan di kawasan ini mulai melalui saat-saat manis berbanding 15 tahun lalu dimana kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi.

Pembinaan kilang Vale serta kemunculan beberapa hotel bertaraf bintang merancakkan lagi indastri pelancungan. Lihat sendiri baru anda percaya.

Justeru Pulau Pangkor yang hampir menyerupai Pulau Langkawi 30 tahun lalu sekadar menjadi persinggahan kaki-kaki pancing. Tidak ada apa yang menarik untuk dilawati selain memancing atau snorkeling.

Hari ini pulau ini sudah jauh berubah dan dilihat dari kerancakkan pembangunan memberi harapan kepada mereka yang tinggal ataupun datang ke pulau ini merasai sendiri kesan pembangunan cetusan ide Dr.Zambry.

Minggu lalu sebagai contoh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk pulau berkenaan—1,000 orang hadir.

Selain dari itu, baginda berkenan mencemar duli merasmikan masjid yang diberi nama Masjid Al Badr Seribu Selawat atau Masjid Terapung yang terletak di Teluk Gadong, Pulau Pangkor pada 8 Jun lalu.

Kebetulan janji baginda untuk datang merasmikan masjid berkenaan dalam bulan Ramadhan ini tertunai menyebabkan penduduk terharu.

Ini dibuktikan melalui kehadiran 1,000 orang pada hari perasmian itu. Baginda turut menghadiri majlis berbuka puasa dan  solat Maghrib diikuti solat Isyak dan tarawih.

Untuk rekod, masjid ini mula dibina pada 7 Mac 2014. Ia diilhamkan sendiri oleh  Dr. Zambry dimana terdapat hiasan unik di setiap sudut.

Dengan secara tidak langsung masjid ini menjadi satu mercu tanda buat penduduk Pulau Pangkor.

Keunikannya dimana terdapat kaligrafi 1,000 selawat selain  pada dinding masjid terdapat geometri hiasan beridentitikan negeri Perak. Kos pembinaan sebanyak RM11.6 juta dan siap digunapakai pada 12 Oktober tahun lalu.

Untuk rekod,Sultan Perak pada Februari lalu berkenan melawat Masjid Al-Badr Seribu Selawat dan baginda berjanji untuk datang merasmikan masjid ini dalam bulan Ramadhan.

Pangkor bukan saja kaya dengan keindahan lautnya tetapi juga merupakan sebuah pulau yang masih mengekalkan identity penangkapan ikan. Maknanya rumah-rumah nelayan dapat dilihat menjadikan pulau itu tidak terhakis akibat elemen komersialme.

Terdapat kanak-kanak masih bermain dihalaman rumah bertemankan rakan-rakan sepermainan, begitu juga di padang bola (sekolah). Zaman mereka berkaki ayam bermain bola merupakan sejarah silam.

Dr.Zambry, yang diberi jolokan Pele oleh rakan-rakan  kerana kelincahan bermain bolasepak, menceritakan bagaimana pada masa kecil  mereka bermain bolasepak tanpa kasut—berkaki ayam.

Kalau dilihat kaki Menteri Besar dari dekat terdapat kesan permainan bolasepak sewaktu kecil seperti parut-parut kecil.  

Namun hari ini, Pulau Pangkor bakal muncul sebagai sebuah pulau yang tidak terpinggir dari pembangunan mega.

Melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara Malaysia atau NCIA, satu perancangan sedang diatur. Pihak berkenaan kini giat mengenal pasti sektor yang berpotensi di Lumut dan Beruas untuk dibangunkan di dalam Rangka Tindakan NCER 2016-2025 (Blueprint 2.0).

Perkara ini umumkan Dr Zambry baru-baru ini, yang menjelaskan kajian dibiayai Kerajaan Pusat itu kini berada di peringkat fasa terakhir.

“Ianya akan mengenal pasti potensi serta kelebihan sektor-sektor yang ada di kedua-dua kawasan Parlimen itu untuk perancangan pembangunan masa kini dan akan datang.

“Antara dua sektor yang diberi perhatian ialah pelancongan dan pusat perkembangan industry. Namun, kita akan memaklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa,” katanya.

Dr.Zambry belum mahu mendahului NCIA dalam membuat pengumuman penting bahkan masih merahsiakan kepada umum poin-poin penting dalam pembangunan berskala mega di kawasan ini.

NCIA pula memaklumkan kajian dibuat bagi mengenal pasti isu-isu dan cabaran dari segi sosio ekonomi di kedua-dua kawasan Parlimen itu—Lumut dan Beruas.

“Ianya melibatkan kesemua sektor dan kita nak tahu apakah elemen atau medium yang boleh digunakan bagi pembangunan kawasan terlibat dari segi jangka pendek dan panjang,” katanya menambah, NCIA juga telah mengenal pasti 80 projek baharu di bawah Blueprint 2.0.

“Daripada 80 projek itu, tujuh merupakan projek utama di mana dua daripadanya ada di Kamunting dan Manjung yang dilihat dua kawasan penting sebagai pemangkin ekonomi.

“Kita sedang di fasa terakhir menyiapkan conceptual framework untuk dua projek berkenaan,” katanya.-19/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 928  tetamu dalam talian