26September2018

MB Perak tidak serik cuci sampah

Kalau ada yang merasakan Menteri Besar sudahpun serik dan berhenti dari turun padang melakukan aktiviti pembersihan sampah sarap serta pemantauan kebersihan di bandaraya Ipoh, lihat saja program terbarunya di Buntong pada pagi Sabtu.

Pendek kata beliau kelihatan tidak serik jauh sekali menswastakan tugas pemantauan serta urusan pembersihan sampah sarap kepada pegawai-pegawainya seperti Datuk Bandar.

Bukankah cara begini menjadi standard piawian bagi mana-mana pemimpin politik dalam kategori seperti Menteri Besar Perak melakukan?.

Program kali ini yang tertumpu pada kawasan DUN Buntong (terletak di pinggiran Bandaraya Ipoh) merupakan kesinambungan program kebersihan yang telah lama dimulakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia juga dilihat inisiatif peribadinya turun padang dengan dibantu petugas Majlis Bandaraya (atau pihak pejabat daerah) melakukan tugas dan kerja-kerja pembersihan membabitkan kerja seperti memandu lori sampah.

Walaupun tidak ada tag atau hastag mengenai program kebersihan yang dibuat Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir bagi memastikan bandaraya Ipoh (dan Perak keseluruhannya) kekal bersih,  ia tidak berhenti semata-mata PRU ke14 sudah dekat.

Maklum saja menjelang PRU ke14 hati rakyat perlu diberi perhatian khas seperti menjaga agar mereka tidak marah. Kritikan kecil terhadap sesiapa sahaja boleh menyebabkan rakyat tidak mengundi mereka.

Ketika ini jika kritikan dari pihak kerajaan terutama Menteri Besar walau dilakukan dengan niat baik sekalipun boleh menimbulkan persepsi negative. Pendek kata orang tidak suka kena kritik.

Lebih-lebih lagi jika rakyat dihasut oleh pembangkang memberi Menteri Besar dan kerajaan pimpinannya seperti dalam isu kebersihan yang dilancar Dr.Zambry sendiri. Beliau digambarkan pemimpin-pemimpin  DAP sebagai usaha mencari publisiti murahan.

Bagi Menteri Besar luahan rasa dilakukan bagi menyedarkan rakyat agar turut sama mengambil tanggungjawab membersihkan kawasan kediaman dan persekitaran bukan sekadar mengharapkan ia dilakukan pihak berwajib.

Beliau memberi contoh bagaimanapun terdapat kawasan yang menjadi “lubuk” nyamuk Aedes kerana sikap segelintir penduduk.

Kepada pengikutnya, Menteri Besar melalui FBnya menulis tentang program turun padang dan turut menjayakan program kebersihan.”Berada di flat First Garden, Buntong seawal pukul 7 pagi tadi.

”Sedih melihat keadaan timbunan sampah sarap yang terbiar terutamanya di tingkat bawah.Terdapat 280 unit tetapi hanya 127 berpenghuni.Banyak unit yang kosong, rosak, terbiar dan mengundang masalah keselamatan.

“Walaupun milik swasta,saya sudah meminta agar masalah tersebut diatasi termasuk membentuk Rukun Tetangga agar penduduk bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga kebersihan flat.

“Meskipun ia kawasan milik persendirian namun ia memberi kesan kepada masyarakat sekeliling,malah saya dimaklumkan kejadian jenayah kerap berlaku.”

Susunan ayat Menteri Besar seperti disiarkan semula itu seolah-olah mengandungi azam dan semangat melihat Ipoh dan Perak jauh lebih bersih dan rakyat pula mengambil inisiatif menjaga kebersihan.

Seperti sering diwar-warnya soal kebersihan adalah masalah bersama,yang harusditanggungpikul oleh rakyat kerana ia amerupakan tanggungjawab bersama—bukan tanggungjawab Majlis Bandaraya Ipoh atau kerajaan negeri semata-mata.

Sebaik selesai melakukan pembersihan dimana keadaan kotor yang keterlaluan dikesan,

Menteri Besar melahirkan rasa  dukacita dan kecewa mendapati timbunan sampah sarap yang terbiar.

Beliau bagaimanapun enggan menuding jari menyalahkan mana-mana pihak malah hadir membantu bergotong-royong membersihkan kawasan rumah pangsa itu.

Kehadiran Dr Zambry juga adalah untuk mengenalpasti punca sebenar berlakunya perkara yang tidak sepatutnya berlaku itu.

``Ini adalah lawatan saya bagi melihat keadaan perlu melihat keadaan perumahan ini malah saya juga telah menerima maklumbalas daripada pihak pemberita serta orang ramai.

``Sememangnya mengejutkan keadaan rumah pangsa persedirian ini kerana sebahagian besar kosong dan begitu terbiar malah mendukacita apabila terdapat longgokan sampah yang begitu banyak langsung tiada rasa simpati dan prihatin dengan keadaan sekitarnya,” katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, rumah pangsa yang mempunyai 280 unit  itu dan dihuni oleh 127 penghuni seolah menjadi satu tempat timbunan sampah yang amat mengotorkan.

“Kita tidak boleh melihat ia sekadar timbunan sampah kerana ada pelbagai faktor yang melingkunginya iaitu keadaan sosial, keselamatan kejiranan tanggungjawab antara penghuni, serta masalah lain yang perlu dilihat,” kata Dr Zambry.

Susulan itu, katanya cadangan awal adalah Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi perumahan ini dengan kadar segera supaya 127 penguhi tersebut dapat bertanggungjawab dan bekerjasama serta tidak lagi tinggal dalam ‘dunianya sahaja’.

``Lokasi ini telah menjadi satu tempat pembuangan sampah timbunan sampah,dari atas rumah pangsa hingga kebawah malah ada di salah satu blok pada aras tingkat satu telah dijadikan pusat timbunan sampah dan ia sangat mendukacitakan,” katanya.

Menurut Dr Zambry, kerja pembersihan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga akan mengambil tempoh masa lebih daripada satu hari.

Beliau berkata, semua pihak tidak boleh menunding kepada satu pihak sahaja kerana semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing termasuk wakil rakyat.

``Kita jangan hanya bermain politik dan kehadiran saya bukan sekadar hanya untuk mendapatkan maklumat serta liputan pihak media tetapi kita semua berusaha untuk mengatasi masalah ini.

``Saya dimaklumkan ia merupakan kawasan persendirian namun kesannya kepada semua masyarakat sekeliling malah saya dapati terdapat masalah keselamatan, kes kecurian dan sebagainya yang kerap berlaku di sini.

“Jadi pendekatan perlu melihat keseluruhan aspek dan saya tak mahu buat tuduhan kepada mana-mana pihak masalah bukan masalah ‘sampah’ semata tetapi ada pelbagai faktor ‘sampah’ lain perlu selesaikan,” katanya.

Katanya,  pelbagai agensi terlibat akan dipanggil termasuk pihak Polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan MBI bagi berbincang jalan penyelesaian terbaik mengatasi masalah yang berlaku di rumah pangsa tersebut.-9/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 430  tetamu dalam talian