20Ogos2017

Benarkah PATI pembawa malaria?

Terdapat dakwaan pendatang luar atau PATI di negara ini sebagai punca kemasukan semula penyakit malaria ke negara ini masih diperbualkan. Kedah pernah mendakwa penyakit ini dibawa PATI seperti dari Myanmar.

Tetapi walaupun dakwaan itu dibuat diperingkat kerajaan negeri kita tidak pasti ia menarik minat pihak yang berkenaan kerana sehingga ini selain tidak ada kenyataan, penyakit malaria sudahpun berjangkit ke Perak.

Soalnya jika benar PATI sebagai pembawanya mengapa masalah ini tidak ditangani secara professional?

Kes yang kita maksudkan ialah jangkitan malaria yang berlaku di pos kemar, Gerik sehingga lebih 100 orang dari masyarakat asli di kawasan  berkenaan dimasukkan ke hospital. Yang lain hidup dalam keadaan ketakutan.

Sejak  tersiar berita jangkitan malaria di Gerik, tuding menuding amalan biasa sehingga tidak ada siapa mampu memberikan jawapan. Kita percaya siasatan masih dijalankan seperti jaminan kerajaan  negeri Perak tempoh hari.

Dalam kes di  Pos Kema, Gerik belum ada pengesahan bahawa malaria berpunca dari PATI yang bekerja dalam indastri tertentu. Soalnya jika benar PATI ini pembawa malaria  macam mana sasarannya penduduk di pos kemar?

Apakah PATI menjadikan penempatan masyarakat asli di negara ini sebagai “ poin transit” agar tidak dihidu pihak berkuasa kehadiran mereka sebelum mereka dibawa keluar untuk diagih-agihkan kepada pihak indastri?

Di Kedah pula, kerajaan negeri pernah mendedahkan bahawa PATI bertanggungjawab menyebabkan penularan parasite demam Malaria. Seorang Exconya Dr. Ismail Salleh mengesahkan hal ini ketika menjawab soalan ADUN Kawasan Kuala Ketil  Md Zuki Yusof mengenai tahap Malaria, Denggi dan Leptospirosis di negeri berkenaan.

Statistik menunjukkan bagi tahun 2010, 100 kes demam Malaria dilaporkan, 65 daripadanya ialah berbangsa Myammar dan Thailand. Lain-lain berbangsa Indonesia, India, Nepal, Pakistan, Yaman dan rakyat tempatan.

Kata YB berkenaan lagi:“mengikut laporan, penyakit ini telah menyebabkan empat kematian dari bangsa Mymmar dengan tiga lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan usia 22 hingga 37 tahun.

“Masalah penyakit ini dibawa oleh PATI yang masuk secara haram bersama kemasukan parasit Malaria dalam tubuh badannya serta berjangkit melalui nyamuk kepada orang lain dan rakyat tempatan.”

Beliau menambah penyakit Malaria merupakan penyakit lama yang sudah pupus tapi lima tahun terakhir kembali menjadi masalah negara yang perlu diberi perhatian serius.

Rumusannya kita petik komen beliau lagi: melalui statistik ini kita melihat penyakit ini muncul dan menunjukkan peningkatan yang disebabkan kemasukan PATI tanpa kawalan ketat daripada pihak bertanggungjawab.

Berasaskan dakwaan Exco berkenaan, parasit yang membawa penyakit  Malaria sudahpun berada di sini hanya belum ditahap membimbangkan.

Ketika mengulas isu sama, Exco kerajaan negeri Perak bertanggungjawab portfolio kesihatan, Datuk Dr.Mah Han Soon, berkata hal ini masih dalam siasatan dan belum dikenal pasti punca. Namun siasatan menjurus kepada pekerja (warga asing?) yang membuat jalan berdekatan kawasan berkenaan.

Kebimbangan masyarakat asli di pos kemar diulas Jabatan Kemajuan Orang Asli atau JAKOA yang akan memantau pergerakan keluar masuk penduduk Pos Kemar dekat sini bagi mengekang wabak malaria di penempatan Orang Asli itu daripada merebak ke kawasan lain.

Menurut Ketua pengarahnya Mohd Jamalludin Kasbi berkata   pegawai jabatan berkenaan akan ditempatkan di laluan keluar masuk menerusi darat kerana ia mudah diakses.

Melaui laluan air, pergerakan keluar masuk penduduk menggunakan bot ke kawasan penempatan itu mudah dikawal.

Dari aspek rawatan dan pencegahan,Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan pemantauan dan pengambilan darah melibatkan kawasan jangkitan.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, tugas itu dilakukan di 10 kampung berdekatan."Selain pengambilan darah untuk ujian parasit malaria di semua kampung, kita juga meneruskan pemberian kelambu berubat di kawasan berkenaan.

Diawal pengesanan 43 penduduk Orang Asli di Pos Kemar disahkan positif kes malaria spesies Plasmodium vivax (P vivax). Kali  kterakhir dikesan Malaria jenis ini pada 2009.

Dalam perkembangan terbaru dan untuk rekod, sehingga Selasa minggu lalu, sebanyak 126 kes jangkitan malaria dilaporkan di penempatan Pos Kemar.

Kata  Dr Juita lagi  daripada jumlah itu, pesakit yang berada di Hospital Gerik adalah seramai 23 orang, empat di Hospital Kuala Kangsar dan seorang di Hospital Sungai Siput.

Lapan pesakit dalam proses penghantaran ke Hospital Gerik manakala masing-masing dua dan 50 menerima rawatan di kampung dan Asrama Sri Didik Sekolah Menengah Kebangsaan Idris Shah II di Gerik.

Pihak kesihatan juga tidak berpeluk tubuh dengan melancarkan korordinasi melibatkan  pejabat kesihatan negeri dan daerah dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pemeriksaan larva dan pencegahan larva di Kampung Badak dan Kampung Ralak di Gerik juga dijalankan. Tidak hairan  pemeriksaan menunjukkian terdapat pembiakan larva positif di Kampung Ralak.

Kes terbanyak dikesan di Kampung Senangin ( 53 kes), meningkat sembilan kes berbanding 44 kes semalam (Selasa), manakala jumlah jangkitan di Kampung Akei dan Kampung Ralak kekal dengan empat dan satu kes."Tiga kes baharu turut dikesan masing-masing di Kampung Lediau dan Kampung Rantau," katanya. Jumlah  dimasukkan ke Hospital Gerik meningkat  54 orang berbanding 20 sebelumnya.

Bagi yang kurang arif penularan malaria serta kesannya, kita kutip ulasan Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM: Kata KKM dalam kenyataan rasmi: Isu jangkitan malaria mengejutkan warga di utara Perak apabila  KKM  memaklumkan  hasil daripada aktiviti pengesanan kes secara aktif atau active case detection (ACD) di kawasan berisiko tinggi malaria, yang dilakukan oleh anggota kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak di bawah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, telah terdapat seramai tiga (3) orang penduduk di Pos Kemar yang dikesan positif untuk malaria spesis Plasmodium vivax (P. vivax)pada 16 November 2016.

Kenyataand itu menambah  JKN Perak dan PKD Hulu Perak telah memulakan aktiviti saringan terhadap kontak dan semua penduduk dalam lingkungan 2 km radius daripada tempat kes berlaku.

Sehingga 20 November 2016, sebanyak 334 orang telah dibuat ujian slaid darah dan sebanyak 41 kes positif telah dikesan untuk malaria. Daripada jumlah kes yang dikesan, sebanyak 59% (24 kes) adalah lelaki dan 41% (17 kes) ialah perempuan. Manakala sebanyak 24 kes (59%) yang dikesan juga adalah di kalangan kanak-kanak berusia 14 tahun ke bawah. Kesemua kes yang dikesan adalah dari spesis Plasmodium vivax (P. vivax). Sebanyak 20 kes telah dimasukkan ke wad di Hospital Gerik manakala 21 kes lagi akan dirujuk ke hospital hari ini untuk tujuan rawatan.

KKM melalui JKN Perak dan PKD Hulu Perak telah menjalankan aktiviti kawalan dengan segera bagi mengurangkan risiko jangkitan. Sehingga hari ini, sebanyak 90 rumah daripada 317 buah rumah di kawasan wabak telah diedarkan kelambu berubat.

Kata kenyataan itu lagi, selain aktiviti semburan residu turut dijalankan di 40 buah rumah bertujuan untuk mengawal nyamuk Anopheles iaitu vektor untuk penyakit malaria. Aktiviti larvaciding juga telah dijalankan untuk memusnahkan punca pembiakan nyamuk.

Kenyataan yang dikeluarkant Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah itu menambah mobilisasi sumber dan anggota kesihatan di peringkat Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga dilaksanakan  membantu  aktiviti kawalan dan pencegahan supaya kejadian wabak malaria ini dapat ditamatkan dengan segera.

Dalam perkembangan terbaru Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam memberi jaminan wabak malaria di negara ini dijangka dapat dikawal sepenuhnya dalam masa terdekat. Beliau meminta kerjasama semua pihak membenterasnya.

Lebih positif katanya kes boleh ditangani kerana “penyakit ini boleh dirawat dengan ubat antimalaria berbanding tiada ubat khusus untuk rawatan bagi penyakit denggi”.-13/12/2016


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 616  tetamu dalam talian